Monday, July 18, 2011

sakit Kepala dan Muntah-Muntah

18.07.2011, Isnin - Sekarang jam 21:30hrs dan Syah rasa kepala Syah sakit dan muntah beberapa kali. Walaupun Syah tak sihat dan MC hari nie tetapi Syah pergi juga ke Kak Lang Ella Residence kerana Bonda Ejon hendak balik hari nie. Dari pagi tadi rasa nak mual dan sakit kepala. Hari nie Syah makan roti sardin dan kemudiannya sedikit mee goreng mamak dan sebelum balik KL Residence Syah makan goreng pisang tanduk. Tak tahulah food poisioning ker apa tah. Syah bertolak dari Kak Lang Residence hampir maghrib dan Mamat hantar sampai tepi jalan besar coz Syah naik bas untuk turun Ampang Park dan naik LRT. Kat LRT dan Rumah Syah muntah-muntah. Sekarang nie perut pula rasa sakit dan ceret birit. Keracuna makanan kot. Adoiiiiiiiiiii kelinik Hamidah kat Taman Melati tutup plak tu. Adoii macam mana nie..................

Update :

Sekarang jam 23:04hrs dan Syah bari balik dari Polikelinik Zazali berhampiran Uptown Danau Kota. Jam 22:00hrs tadi Syah kejutkan Muss minta hantar ke kelinik kerana dah mula cirit beret. Ingatkan hendak ke Medan Idaman tetapi Muss bawa kat sini kerana lebih dekat dengan KL Residence. Kelinik nie bukan panel dan caj RM62.00 kerana Diarrhoea. Mahal gak rasanya tapi boleh claim selila. Bayangkan kalau orang yang susah atau company tak cover medical expenses macam mana yek.

Syah tunggu dr agak lama kerana dia sembahyang dulu dan ini kelini 24 hrs. Selepas ambil ubat da buat payment Syah nampak Muss sedang beli burger. Syah duduk sekejap di gerai tu dan Muss tanya nak ker dan Syah kata Burger Anab tapi tak makan lagi sebab perut masih sakit. Masa tunggu nampak uptown tutup dan tanya budak tu tutup ker dan katanya mereka nie tutup sebulan sekali manakala hari Khamis malam Jumaat banyak yang tutup dan hanya beberapa gerai jer buka. Ok lah Syah nak berehar sebentar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.