Sunday, April 18, 2010

Tuanku Azlan Hadir Majlis Bacaan Yasin - 18.04.2010

Tuanku Azlan Shah telah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Solat Jumaat yang diadakan di Masjid Ubudiah, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak pada hari Jumaat lepas bersamaan 17.04.2010. Majlis bacaan yasin telah dipimpin oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ini diadakan sempena hari keputeraan Baginda yang ke 82 pada hari Isnin ini 19.04.2010. Selepas solat Jumaat diadakan pula majlis makan tengahari di perkarangan Masjid Ubudiah yang dihadiri oleh Tuanku dan jemaah yang lain.
Gambar dari Utusan Malaysia
Turut serta dalam majlis ini adalah Raja DiHilir Perak, Raja Datuk Seri Jaafar Raja Muda Musa, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Exco-Exco, Ketua Jabatan, Para Pemimpin dan Penduduk bandar DiRaja.

No comments: