Today birthday Syah. Dilahirkan pada 24 April 1967 maknanya dah semakin dewasa dan matang atau dengan bahasa tak sedapnya dah tua. Kenalah bershukur, mana taknya , Syah dah hidup selama 43 tahun dan jika dibandingkan dengan sesetengah orang tu tak sampaipun 40 dah tak ada didunia ini lagi. So memang bangga dah sampai mencapai tahap umur begini. Bagi Syah tak ada soal tua/muda. Ianya bergantung pada diri sendiri kalau anda rasa anda muda anda akan kelihatan muda selalu dan jika anda rasa anda tua... tualah yang anda akan dapat. Selain dari itu hatipun kena baik juga, ikhlas dalam semua perbuatan kita, tak hasad dengki dengan orang, jangan sesekali menganaya orang lain, membantu setakat yang mampu, menjaga dan mengutamakan keluarga terutamanya orang tua kita dan menjaga solat. Apa-apapun Syah bershukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan, kehidupan, kesenangan, kegembiraan dan kebahagian dalam hidup ini.


Selepas gunting rambut Syah ke Matsuda Sungai Wang Plaza. Syah memang suka pakai seluar jenama mereka untuk seluar kerja. Dah lama tak pakai coz member-member selalu komplain seluar tu nampak ketat benjol sana-sini dia orang cakap. Tapi tak per lah. heheheheh. Nak pakai style tu balik lah. Syah beli dua - RM239.80.
1 comment:
Impian mu hanyalah masa,Untuk menikmati segala...happy birthday..
Post a Comment