Wednesday, April 27, 2016

Hari Keputeraan King William Allexander Ke-49


27 April 2016, Rabu :-

Hari merupakan hari keputeraan Raja Belanda, King William Allexander yang  ke-49 tahun. King William Allexander of Netherland (Prince Willem-Alexander Claus George Ferdinand) diputerakan pada 27 April 1967 di Utrecht, Belanda dan merupakan anakanda sulung kepada Beatrix of the Netherlands (Queen Beatrix) dan pasangannya Prince Claus of the Netherlands (Claus van Amsberg).  Baginda dilantik sebagai Prince of Orange dan pewaris tahta pada 30 April 1980 dan menaiki tahta pada 30 April 2013 selepas bonda baginda turun dari tahta dan memberi laluan kepada baginda untuk menjadi Raja Belanda.  Baginda berkahwin dengan Queen Máxima of the Netherlands (Máxima Zorreguieta Cerruti) pada tahun 2002 dan dikurniakan dengan tiga orang puteri iaitu Princess Catharina-Amalia, Princess of Orange (2003), Princess Alexia (2005), and Princess Ariane (2007).

Sumber :- Wikipedia

Tuesday, April 26, 2016

Hari Keputeraan Sultan Terengganu Ke-54



Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman Serta Segala Jajahan Takluknya

Sempena

Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-54 
26 April 2016 Bersamaan  18 Rejab 1437H

Dirgahayu Tuanku
Semuga Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Sembah Takzim Daripada

Maharum Bugis Syah

Puan Hajjah Mariam dan Puan Azrinaz


Puan Hajjah Mariam bersama anakandanya YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen sewaktu Majlis Berbedak anak saudaranya pada 24 April 2016.


Puan Hajjah Mariam ketika bergelar Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajjah Mariam binti Hj Abdul Aziz

26 April 2016, Selasa :-

Ini adalah gambar terbaru Puan Hajah Mariam dan Puan Azrinaz yang merupakan bekas isteri kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Puan Hajah Mariam semasa menjadi isteri kedua Sultan Brunei menggunakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajjah Mariam binti Hj Abdul Aziz manakala Puan Azrinaz menggunakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mahzar binti Hakim Mahzar.

Walau bagaimanapun jodoh KDYMM Tuanku Sultan Brunei dengan dua orang isteri baginda tidak berpanjangan dimana KDYMM Tuanku Sultan Brunei bercerai dengan Puan Hajah Mariam pada Februari 2003 setelah mendirikan rumahtangga selama 21 (duapuluh satu) tahun.  Manakala pada 16 Jun 2010 baginda telah bercerai dengan Puan Azrinaz setelah hidup bersama selama hampir 5 (lima) tahun.

Dengan penceraian ini,  segala gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan kepada mereka telah ditarik balik berkuatkuasa mulai tarikh penceraian.  Puan Hajjah Mariam menetap di Brunei manakala Puan Azrinaz menetap di Malaysia. Anak-anak Puan Azrinaz kini dibawah jagaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Brunei dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri.


Puan Azrinaz dalam IG beliau pada 22 April 2016 dengan caption "Ready for Majlis Tahlil Kesyukuran. 

Puan Azrinaz semasa bergelar Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mahzar binti Hakim Mahzar.

Sumber : MBS

Monday, April 25, 2016

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-42 Tuanku Muhriz & Tuanku Aishah Rohani


25 April 2016, Isnin :-

Merafak Sembah Ucap Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud  Sempena Ulang  Tahun Perkahwinan Ke-42 baginda berdua pada hari ini. Pasangan Diraja dari keluarga diraja Negeri Sembilan dan Terengganu ini diijab kabulkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu pada tanggal 25 April 1974.

Hasil daripada perkongsian hidup diantara Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani, Baginda berdua telah dianugerahkan dengan tiga orang putera iaitu :-
  1. YTM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin – diputerakan pada 26 April 1977
  2. YAM Tunku Zain Al-'Abidin – diputerakan pada 06 Julai 1982
  3. Almarhum YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin – diputerakan pada 03 September 1984 dan mangkat pada 15 Januari 2016.
Semuga Allah Peliharakan DYMM Tuanku Berdua dan Semuga Sentiasa Dibawah Lindungan NYA. Amien.

Sumber : The Royal Ark / Tunku Zain IG

Sunday, April 24, 2016

YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen Berangkat Ke Majlis Berbedak Sepupu YTM


24 April 2016 , Ahad :-

Malam tadi YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan kekanda-kekanda YTM, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah telah berkenan berangkat ke  Majlis Berbedak sepupu YTM iaitu Haji Mohammed Nazlee Bin Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar. 

Haji Mohammed Nazlee berusia 32 tahun bertemu jodoh dengan pasangannya yang merupakan anak kelahiran Kelantan, Malaysia iaitu Noor Cahaya binti Ahmad Rashid berusia 25 tahun.  Pasangan pengantin ini telah selamat diijab kabulkan pada 22 April 2016 di Masjid Al Ameerah Al Hajah Maryam di Jerudong.


Kedua mempelai bersama ayahanda dan bonda tercinta. Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar bin Haji Abdul Aziz dan Datin Hajah Salbiah binti Mohd Yusof serta En Ahmad Rashid bin Yusof dan Puan Noor Razlina binti Noor Mohamed. Disebelah kanan adalah ibubapa pengantin lelaki dan disebelah kiri adalah ibubapa pengantin perempuan.



Sumber : Royalbrunei IG / misnoorcahaya IG

Saturday, April 23, 2016

Kek Sempena Hari Keputeraan Baginda Queen Elizabeth II Ke-90


23 April 2016, Sabtu :-

Ini adalah kek sempena hari keputeraan ke-90 HM Queen Elizabeth II yang disediakan oleh Nadiya Hussain. Nadiya, 31 tahun merupakan juara pertandingan The British Bake Off pada tahun lepas dan telah dipilih untuk menyediakan kek hari keputeraan baginda Queen Elizabeth. Kelihatan baginda Queen memotong kek (Orange Drizzle) hari keputeraan baginda diiringi oleh Nadia di Windsor Walkabout.  Nadia dikatakan begitu teruja untuk menyediakan kek berkenaan untuk baginda Queen.    Walau bagaimanapun pihak media melaporkan ramai yang tidak terujua dengan bentuk kek ini dan mengangapnya aneh dan pelik serta mendapat kritikan oleh Netizen dilaman sosial.

Apa-apapun tahniah diucapkan kepada Nadiya Hussein kerana telah diberi kepercayaan oleh pihak istana untuk menyediakan kek sempena ulangtahun hari keputeraan HM Queen Elizabeth II yang ke-90.



Thursday, April 21, 2016

Gambar Rasmi HM Queen Elizabeth II Sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Ke-90 tahun


Kelik Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar
21 April 2016, Khamis :-

Ini adalah gambar rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Istana Buckingham sempena sambutan hari keputeraan HM Queen Elizabeth II yang ke-90 pada hari ini.  Gambar ini diambil oleh Jurugambar Selebriti Annie Leibovitz menampilkan baginda Queen bersama lima orang cicitnda dan dua cucunda baginda. Dengan mencapai usia 90 tahun, baginda Queen Elizabeth II juga dengan ini dikenali sebagai Britain's first nonagenarian monarch dimana nonagenarian membawa maksud individu yang berusia 90 hingga 99 tahun.  

Kelihatan baginda meriba Princess Charlotte of Cambridge (puteri Prince William) yang berusia 11 bulan diapit oleh Prince George of Cambridge (Putera Prince William) dan Mia (anak perempuan Zara Phillip's) yang masing-masing berusia dua tahun ; Savannah dan Isla (anak perempuan Peter Phillips) berusia 5 tahun dan 3 tahun  serta James, Viscount Servent dan Lady Louise Windsor (anak lelaki dan perempuan Earl of Wessex) masing-masing berusia 8 dan 12 tahun.

Pihak Istana juga mengeluarkan dua lagi gambar rasmi sempena hari keputeraan baginda Queen Elizabeth II dimana baginda kelihatan berdiri diatas tangga laman Istana Windsor bersama empat ekor anjing kesayangan baginda iaitu Willow, Holly, Vulcan dan Candy.  

Satu lagi gambar memperlihatkan baginda Queen  Elizabeth II bersama puteri tunggal baginda, HRH The Princess Royal (Princess Anne).

Sebagai seorang raja, HM Queen Elizabeth II menyambut hari keputeraan baginda sebanyak dua kali setahun iaitu hari keputeraan sebenar baginda pada hari ini 21 April 2016 dan hari keputeraan rasmi baginda sebagai Queen yang disambut pada tanggal 02 June setiap tahun.
Sumber : The Gurdian

Wednesday, April 20, 2016

Setem Khas Sempena Hari Keputeraan Queen Elizabeth II Ke-90


20 April 2016, Rabu :-

Ini adalah gambar rasmi empat pewaris tahta Great Britain iaitu HM Queen Elizabeth II bersama Putera Sulong Baginda  HRH The Prince of Wales, Cucunda sulong baginda HRH The Duke of Cambridge dan cicitnda sulong baginda HRH Prince George of Cambridge. Gambar ini diambil oleh Ranald Mackechnie pada  June tahun lepas di White Drawing Room, Buckingham Palace, London. 

Gambaran ini juga akan dijadikan lembaran mini yang didatangkan dengan empat keping stem daripada jumlah keseluruhannya sepuluh setem khas sempena sambutan hari keputeraan Baginda Queen Elizabeth II ke-90 tahun esok 21 April 2016.  Stem HRH Prince George of Cambridge merupakan stem pertama yang menggunakan gambar beliau.

Dikatakan semasa mengambil gambar ini pihak jurugambar terpaksa menggunakan empat blok kayu yang diikat dengan pita keselamatan sebagai tempat Prince George berdiri supaya paras muka HRH Prince George separas dengan ahli keluarga yang lain kerana beliau agak rendah.  Dua hari setengah digunakan untuk  "test shoot" blok kayu berkenaan sebelum sesi bergambar sebenar dijalankan.


Enam keping stem lainnya pula mengambarkan kehidupan baginda dimana tiga darinya memfokus kepada kehidupaan peribadi baginda bersama keluarga diraja dan tiga lagi berhubung tugas-tugas rasmi baginda.



Sumber :- world_royalties IG/express.co.uk/metro.co.uk

Tuesday, April 19, 2016

DYTM Pengiran Muda Mahkota Menerima Mengadap TYT Alex Vede


19 April 2016, Selasa :-

Hari ini Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Alex Vede, Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Ekonomi Persekutuan Rusia. Majlis mengadap diadakan dikediaman rasmi DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota di Qashr Al-Meezaan.

Sumber :- Infofoto Gallery, Information Dept 




Monday, April 18, 2016

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani


18 April 2016, Isnin :-

Tahukan anda siapa wanita berbaju merah ini.  Beliau adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Akazul Khairi WaddienIni yang kini berusia 79 tahun.  Ini adalah gambar terbaru Yang Teramat Mulia diambil sewaktu Majlis Bersanding YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah Dan YM Awang Mohamad Bazil Azhar pada 17 April 2016 di Baitul Athirah, Kampung Beribi, Gadong.  

Yang Teramat Mulia merupakan puteri kepada Almarhumah Tengku Raihani (Tengku Ampuan Raihani) binti Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah bersama suami pertama Almarhumah, Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Akazul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II, Sultan Brunei ke-27 yang memerintah pada 1924 hingga 1950. Almarhumah Tengku Raihani merupakan kerabat Diraja Selangor dan puteri kepada Sultan Selangor ke-5. Almarhumah mendirikan rumahtangga dengan Al-Marhum pada tahun 1934.

Pada tahun 1950, Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin telah jatuh gering secara tiba-tiba sewaktu berada di Singapura dalam perjalanan berangkat ke England dan mangkat pada hari Sabtu, 03 Jun 1950 di Singapore General Hospital kerana tiada tindak balas terhadap pemindahan darah yang dilakukan dan Al-Marhum telah koma beberapa jam sebelum mangkat. Al-Marhum ketika itu berusia 37 tahun.

Sebelum jenazah Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin dibawa ke Kubah Makam Diraja untuk Istiadat Permakaman pada 06 Jun 1950, adinda baginda, Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Omar 'Ali Saifuddien (Kemudiannya bergelar Sultan Haji 'Omar 'Ali Saifuddien III – Ayahanda Sultan Brunei sekarang)  telah ditabalkan sebagai Sultan Brunei yang baru. Adinda Al-Marhum dipilih sebagai Sultan Brunei ke-28 kerana Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin tidak mempunyai anak lelaki.  Hasil perkahwinan Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin dengan dua orang isterinya hanya menghasilkan anak perempuan sahaja.

Entry Terdahulu : 

Sumber :- Maharum Bugis Syah/bruneiroyalfamily IG

Majlis Bersanding Pengiran Anak Hjh Nurul Amal Ni’matullah Athirah Dan Mohamad Bazil Azhar


18 April 2016, Isnin :-

Semalam telah berlangsung Majlis Bersanding bagi Majlis Perkahwinan anakanda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni'matullah Athirah binti Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntassir dan pasangannya Yang Mulia Awang Mohamad Bazli Azhar bin Haji Mohamad Yusoff.  Majlis diadakan dikediaman Bonda Pengantin Diraja Perempuan di Baitul Athirah, Kampung Beribi, Gadong.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan menghadiri Majlis Bersanding Pengantin Diraja ini. Kebrangkatan Baginda berdua telah disambut oleh  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah.

Turut berangkat menyerikan Majlis Bersanding adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Noor Ehsani serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

Turut berangkat dan hadir pada Majlis Bersanding ini adalah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ahli-ahli keluarga yang berkenaan.












Sumber : Pelita Brunei/bruneiroyalfamily IG/Infofoto.gov.bn

Saturday, April 16, 2016

DYAM Tunku Mahkota Johor Dilantik Pemangku Raja Johor


Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail berkenan melafazkan ikrar terima sebagai Pemangku Raja Johor di hadapan ayahandanya Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

16 April 2016, Sabtu :-

Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim telah dilantik sebagai Pemangku Raja Johor bermula 15 April hingga 03 Mei 2016. Pengisytiharan ini dibuat semalam 15 April 2016 dalam Majlis Istiadat Pengisytiharan Pemangku Raja yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Baharu. Pengisytiharan Perlantikan dibacakan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli.  Perlantikan ini dilakukan mengikut Fasal 9 (1) (c) dan (3) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Tuanku Ibrahim telah mendapat undangan untuk melawat British Columbia daripada Leftenan Gabenornya Judith Guichon pada 23 Mac lepas ketika pelancaran Model Menara Bank Rakyat di Johor Baharu.  Perlantikan ini membolehkan DYAM Tunku Ismail menunaikan tugas-tugas mentadbir negeri berikutan keberangkatan ayahanda baginda ke Vancouver dalam wilayah British Columbia, Kanada untuk lawatan rasmi.

Sumber :- Bernama

Selamat Pengantin Baru YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah dan YM Awang Mohamad Bazli Azhar



16 April 2016, Sabtu :-

Selamat Penganti Baru diucapkan kepada Yang Amat Mulia  Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah binti Almarhum Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntasir yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Yang Mulia Awang Mohamad Bazli Azhar bin Haji Yusoff.  Istiadat Akad Nikah berlangsung di Baitul Athirah semalam 15 April 2016 bersamaan 07 Rejab 1437H.

YAM merupakan anakanda saudara kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. YAM diputerikan pada 10 November 1989 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak  Saleha.  YAM mulia bertugas di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan sebagai Setiausaha Kedua. Manakala YM Awang Mohamad Bazli Azhar bin Haji Mohamad Yusoff merupakan Pegawai Projek di Jabatan Perancangan Kemajuan dan Ekonomi.

Semuga Allah Peliharakan Pasangan Penganti Diraja.

Ayahanda Pengantin Perempuan Diraja, Almarhum Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntasir bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak Haji Kemaludin. 
Al-Fatihah .....


Pengantin Perempuan Diraja bersama bonda tercinta, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefiah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adaul Khairi Waddien.


Pengantin Perempuan Diraja bersama bonda dan adinda-adinda tercinta.

Sumber :- bruneiroyalfamily IG / Dirgahayu 1997

Friday, April 15, 2016

Istiadat Berbedak Pengantin Perempuan Diraja YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah


15 April 2016, Jumaat :- 

Pada malam 13 April 2016 telah diadakan Istiadat Berbedak Pengantin Perempuan Diraja YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah binti Almarhum Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Haji Muhammad Bey Muntasir. YAM merupakan anakanda kepada  YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefiah Ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adaul Khairi Waddien.  Istiadat berlangsung dikediaman rasmi Yang Teramat Mulia di  Baitul Athirah manakala Istiadat Berbedak Pengantin Lelaki Diraja diadakan malam tadi dikediaman Penganti Diraja Lelaki. Istiadat Akad Nikah pula akan diadakan pada hari ini selepas Solat Jumaat.

Kelihatan Pengantin Perempuan Diraja, YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Ni’matullah Athirah bersama-sama adinda-adinda YAM sewaktu Istiadat Berbedak iaitu YAM Pengiran Anak Muhammad ‘Abdul Hafizz, YAM Pengiran Anak Muhammad ‘Abdul Qayyum, YAM Pengiran Anak Muhammad ‘Abdul Raazaaq  dan YAM Pengiran Anak Hajah Nurul Amal Munjiatul Athirah.


Dayang-Dayang pembawa Dian Enam Belas bagi Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Perempuan Diraja. Di Brunei, Dian Enam Belas digunakan bagi mengiringi kerabat Diraja dalam majlis beristiadat seperti Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja. Dayang-Dayang pula memakai pakaian istiadat bersesandang kekuningan.

Semoga Allah pelihara dan lindungi bakal pengantin diraja.

Sumber :- bruneiroyalfamily IG

Thursday, April 14, 2016

Sultan Brunei Berangkat Ke Republik Turki


14 April 2016, Khamis :-

Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Republik Turki untuk menghadiri Sidang Kemuncak Islam Sesi Ke-3 yang akan berlangsung pada 14 hingga 15 April 2016 di Pusat Kongress Istambul, Republik Turki.

Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned sebelum baginda berangkat keluar dari Istana Nurul Iman menuju ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba.


Turut berangkat mengucapkan selamat berangkat kepada KDYMM Tuanku Sultan adalah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Turut serta YAM Pengiran-Pengiran Cheteria, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Timbalan-Timbalan Menteri, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam.

Sumber :- Infofoto/Pelitabrunei / Fantastic Brunie Issue

Tuesday, April 12, 2016

Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Rasmikan Sidang DUN


12 April 2016, Selasa :-

Pagi tadi Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13. Istiadat berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak.  Turut berangkat sama ke Istiadat ini adalah Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim. Ini merupakan kali kedua Baginda merasmikan mesyuarat ini selepas dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35 pada 2014.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir ; Yang Dipertua Dewan Negeri, Dato' Seri S.K Devamany dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Sumber : Zambry Abd. Kadir Fan Page / Perak Today 

Monday, April 11, 2016

Commemorative Plate - Perkahwinan Diraja DYAM Tunku Ibrahim Ismail dan YAM Raja Zarith Sofiah


11 April 2016, Isnin :-


Assalammualaikum dan  apa khabar semua, sudah lama Syah tidak mengemaskini blog Syah kerana sibuk dengan tugas-tugas Syah dipejabat. Semalam Syah memperolehi koleksi baru Commemorative Plate perkahwinan Diraja diantara Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor. Shukur alhamdulillah bertambahlah koleksi diraja Syah. 

Selain daripada itu Syah juga memperolehi Commemorative Plate sempena Ulangtahun Perkahwinan Diraja ke-40 tahun diantara Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Iskandar Shah dan Duli Yang Maha  Mulia Raja Perempuan Muzwin.  Almarhum Sultan Idris dan Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin merupakan Ayahanda dan Bonda kepada DYMM Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Johor.

Almarhum Sultan Idris mangkat pada 30 Januari 1984 dalam usia 59 tahun dan berada diatas tahta negeri Perak Darul Ridzuan selama 21 tahun sebagai Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Ke-33 manakala YMM Almarhumh Raja Perempuan Muzwin mangkat pada 06 Oktober 2011 dalam usia 82 tahun.