12 April 2016, Selasa :-
Pagi tadi Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13. Istiadat berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak. Turut berangkat sama ke Istiadat ini adalah Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim. Ini merupakan kali kedua Baginda merasmikan mesyuarat ini selepas dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35 pada 2014.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir ; Yang Dipertua Dewan Negeri, Dato' Seri S.K Devamany dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Sumber : Zambry Abd. Kadir Fan Page / Perak Today
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.