25 April 2016, Isnin :-
Merafak Sembah Ucap Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku
Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri
Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-42 baginda berdua pada hari ini. Pasangan
Diraja dari keluarga diraja Negeri Sembilan dan Terengganu ini diijab kabulkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu
pada tanggal 25 April 1974.
Hasil daripada perkongsian hidup
diantara Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani, Baginda berdua telah
dianugerahkan dengan tiga orang putera iaitu :-
- YTM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin – diputerakan pada 26 April 1977
- YAM Tunku Zain Al-'Abidin – diputerakan pada 06 Julai 1982
- Almarhum YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin – diputerakan pada 03 September 1984 dan mangkat pada 15 Januari 2016.
Semuga Allah Peliharakan DYMM Tuanku Berdua dan Semuga Sentiasa Dibawah Lindungan NYA. Amien.
Sumber : The Royal Ark / Tunku
Zain IG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.