06 November 2015, Jumaat :
Istiadat permakaman Allahyarhamah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Hamidah Binti Al-Marhum Sultan Badlishah telah selamat disempurnakan semalam 05 November 2015 dengan penuh adat istiadat Diraja Negeri Kedah Darul Aman.
Almarhumah diputerikan pada 22 September 1926 dan merupakan kekanda seibu sebapa kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Almarhumah mendirikan rumah tanggan dengan Tengku Abdul Aziz Ibni Sultan Sulaiman Bardul Alam Shah (Sultan Terengganu) pada 15 Oktober 1946. Pasangan diraja ini dikurniakan dengan empat putera dan enam puteri dimana empat daripadanya adalah pasangan kembar (dua kembar lelaki dan dua kembar perempuan).
Almarhumah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 04 November 2015 jam 11:50 pagi kerana sakit tua. Jenazah kemudiannya dibawa ke Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Istiadat penghormatan terakhir berlangsung di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit bermula jam 03:00 petang hingga 07:00 malam. Solat jenazah didakan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit pada jam 09.30 pagi 05 November 2015 disempurnakan oleh Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Muhammad Baderudin Ahmad. Jenazah kemudiannya berangkat ke Makam Diraja Langgar untuk Istiadat Permakaman menggunakan kenderaan khas. Istiadat permakaman selesai lebih kurang jam 11:30 tengahari.
Al-Fatihah………… Semuga Rohnya Allahyarhamah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Tunku Hamidah Binti Al-Marhum Sultan Badlishah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.
Click gambar untuk imej yang lebih besar.
Click gambar untuk imej yang lebih besar.
Click gambar untuk imej yang lebih besar.
Click gambar untuk imej yang lebih besar.
Sumber : Putera Kola / Bernama / The Royalark
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.