23 April 2015, Khamis :-
Sempena Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah pada 06 Mei 2015 bersamaan 07 Rejab 1436 Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan bahan-bahan filateli seperti berikut :-
- Stem bernilai 60sen, 80sen, RM1.20.
- Sampul surat hari pertama bernilai 50sen.
- Lembaran Mini bernilai RM5.00.
- Folder bernilai RM6.00.
Jualan bahan-bahan filateli ini akan bermula pada hari Khamis, 07 Mei 2015 disetiap pejabat pos di Malaysia.
Kepada para pengumpul dan peminat Stem serta Sampul Surat Hari Pertama jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan bahan-bahan filateli tersebut di pejabat-pejabat pos berhampiran tempat anda. Walau bagaimanapun Folder yang bernilai RM6.00 itu hanya dijual di pejabat-pejabat pos terpilih sahaja. Yang pastinya jika anda ke Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur di Kompleks Dayabumi pasti anda boleh memilikinya.
Kepada anda yang ingin memiliki sampul surat hari pertama dan masih baru dalam bidang hobi sebigini, pastikan anda ke pejabat pos untuk membelinya pada 07 Mei 2015 kerana iannya hanya akan dijual pada hari berkenaan sahaja. Jika anda ingin membelinya pada hari yang lain mereka tidak akan menjualnya kerana itulah iannya dipanggil sampul surat hari pertama. Manakala Stem dan yang lain-lainnya akan dijual selagi stok masih ada.
Walaupun jika anda terlepas peluang untuk memilik sampul surat hari pertama berkenaan iannya masih boleh diperolehi terutamanya dari para pengumpul (collector) atau membelinya di Pasar Karat (flea market) dan salah satu tempatnya di AmCorp Mall, Petaling Jaya pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Lebih baik anda datang pada hari Ahad kerana lebih ramai penjual berniaga disini pada hari berkenaan. Penjual barang-barang lama disini biasanya akan membeli sampul surat berkenaan dalam kuantiti tertentu dan akan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi sedikit dari harga asal.
Sumber :- Filateli-Pejabat Pos Besar KL
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.