22 Jun 2014, Ahad :-
Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenaan berangkat ke Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quraan Peringkat Antarabangsa ke-56. Turut serta dalam majlis yang diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra ini adalah Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Ragad Kurdi Taib, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam, Datuk Othman Mustapha.
Tahniah dicapkan kepada peserta Malaysia yang telah menjadi juara bagi semua kategori yang dipertandingkan seperti berikut :-
Kategori Qari
Juara : Ahmad Tirmizi Ali (Malaysia)
Naib Juara : Mehmet Bilir (Turki)
Tempat Ketiga : Ihsan Nuzula Zamri (Indonesia)
Kategori Hafiz
Juara : Mohd Ersyad (Malaysia)
Naib Juara : Abdullah Mohammed Al Khayri (Arab Saudi)
Tempat Ketiga : Abdullah Hamad Salim Hamad Abu Sheraidah (Qatar)
Kategori Qariah :
Juara : Hanimzah Jalaluddin (Malaysia)
Naib Juara : Rahima Pandoniongan Amerol (Filipina)
Tempat Ketiga : Siti Huzzaimah Yadey Rosli (Brunei)
Kategori Hafizah :
Juara : Noorhafizah Mohd Shafie (Malaysia)
Naib Juara : Soumaya Cheikh Ali (Tunisia)
Tempat Ketiga : Ndombor Sene (Senegal)
Sumber : Berita Harian/Mingguan Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.