21 Jun 2014, Sabtu :-
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah telah berkenan menghadiri Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada hari Jumaat bersamaan 21 Jun 2014. Ini adalah buat pertama kalinya baginda mempengerusikan Mesyuarat Dewan Negara Perak selepas menaiki tahta pada 29 May 2014. Dalam titahnya, baginda berharap agar kesemua anggota Dewan Negara Perak memberi nasihat dan panduan yang terbaik kepada baginda dan menyampaikan perkara yang benar sahaja walaupun pahit untuk dinyatakan. Tambah baginda lagi sumpah jawatan yang dizahirkan oleh baginda sewaktu dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35 merupakan ikrar perjanjian baginda dengan Allah yang merupakan satu amanah dan tanggungjawab berat yang wajib dilaksanakan oleh baginda. Titah baginda lagi, legasi pemerintahan yang ditinggalkan oleh Almarhun Paduka Ayahanda baginda wajib dijadaikan sebagai rujukan.
- Jauhkan beta daripada cerita-cerita penglipur lara hingga mendorong beta untuk berkhayalan, lena dengan mimpi indah, sedangkan realiti yang berlaku dalam kalangan rakyat dan di dalam negeri sangat berlainan dengan apa yang diceritakan.
- Semoga anggota Dewan Negara akan membantu beta dengan segala keikhlasan dan kejujuran agar beta dapat menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan adil lagi saksama.
- Sebenarnya, penasihat istana ini adalah terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan Negara. Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat. Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pegawai istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.
- Almarhum telah melakarkan imej Raja Pemerintah yang disegani dan menyuntik kedaulatan takhta yang dihormati.
- Pemerintah yang bijak dan arif, adil dan saksama, akan dilimpahkan rahmat Ilahi, negerinya makmur dengan pelbagai rezeki, dan Raja berupaya memberi payung naungan membolehkan rakyat hidup dalam rukun, damai, harmoni lagi sejahtera.
DIRGAHAYU TUANKU
Sumber :- Perak Today
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.