Friday, June 6, 2014

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV



06 Jun 2014, Jumaat :-

Malam Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV. Majlis bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad. Turut serta dalam majlis malam tadi adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala tengahari tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya.  Turut mengiringi baginda adalah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Khutbah Jumaat disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato'  Seri Jamil Khir Baharom dengan khutbah khas bertajuk Agama Dimartabat Raja Didaulat.

Sumber :- Berita Harian/ Najib Razak Fan Page / Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.