Sunday, April 27, 2014

Soto Ayam dan Begedil Antara Menu Majlis Jamuan Negara Tuan Yang Terutama Barak Obama Di Istana Negara


27 April 2014, Ahad :-

Inilah susunatur meja makan sempena Majlis Jamuan Negara Tuan Yang Terutama Barak Obama, Presiden Amerika Syarikat yang diadakan malam tadi di Istana Negara dan dihadiri oleh 650 orang jemputan khas. Menurut Penyelia Istana Negara, Leftenan Kolonel Mastura Mohd Said sebahagian menu adalah masakan barat dimana menu utamanya adalah Stik daging, ayam dan ikan mengikut citarasa tetamu dengan sos yang kurang pedas. Manakala hidanga sup diganti dengan Soto Ayam dan Begedil kerana itu adalah makanan kegemaran Presiden Obama yang meminati makanan tradisional Indonesia iaitu Bakso. Pisang Goreng dan Ice Cream Vanila telah dipilih sebagai pencuci mulut.

Menurut Leftenan Kolonel Mastura lagi menu pada malam semalam menyerupai menu sempena lawatan Prince William dan Kate Middleton pada 2012 cuma Nasi Daging digantikan dengan Soto Ayam dan Begedil. Menurut beliau lagi adalah menjadi kebiasaan menghidangkan sedikit hidangan tradisional Melayu dalam menu bagi memertabatkan makanan Malaysia dimata pemimpin dunia dalam setiap majlis makan malam untuk pemimpin negara luar yang diadakan di Istana Negara.


Hotel Shangri-La telah diberi kepercayaan untuk menyediakan makanan pada majlis berkenaan. Masakan disediakan di dapur Istana Negara sendiri dan diselia oleh pihak Istana Negara. Pelayan Istana Negara yang lebih dikenali dengan panggilan "boy" ditugaskan melayan tetamu kehormat di pentas utama manakala pelayan untuk para jemputan khas dikendalikan oleh pihak Hotel Shangri-la.

Leftenan Kolonel Mastura memaklumkan bahawa menu bagi majlis ini telah dipersembahkan untuk mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Isnin lepas.  Setelah mendapat perkenan Tuanku Abdul Halim, diadakan pula ujian rasa makanan (food testing) pada hari Rabu. Sebelum itu pihak Istana Negara telah menghantar e-mail berhubung menu berkenaan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan telah menerima kelulusan penuh daripada pihak kedutaan berhubung menu berkenaan.

Syah cuma dapat berkongsi gambar meja makan dan suasana dalam majlis ini manakala gambar menu pada malam semalam Syah tidak dapat.

Sumber :- Kosmo/DS Hishamuddin/Syahril

Tuanku Abdul Halim Raikan Presiden Obama Dalam Majlis Makan Malam Negara


Click gambar untuk imej yang lebih besar.



27 April 2014, Ahad :-

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menerima mengadap Honourable Barack Obama, President of the United States of America dalam satu Majlis Makan Malam Negara di Istana Negara. Dalam titah ucapan baginda, baginda mengucapkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat atas sokongan dan kerjasama padunya dalam operasi menjejak pesawat MH370 yang hilang baru-baru ini. Titah baginda lagi, bantuan yang dihulurkan menjadi bukti kukuh wujudnya hubungan rapat diantara Malaysia dan Amerika Syarikat. Baginda juga turut menzahirkan kegembiraan baginda yang melihat hubungan Amerika Syarikat - Malaysia bertambah kukuh dan erat beberapa tahun kebelakangan ini dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, keselamatan dan pertahanan, pendidikan, tenaga, sains dan teknologi serta hubungan antara rakyat dengan rakyat.



Presiden Obama berada di Asia dalam rangka lawatan rasmi beliau ke empat buah negara Asia iaitu Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina. Presiden Obama sekarang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi selama 3 hari bermula semalam.  Destinasi terakhir Presiden Obama adalah Filipina. Terdahulu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli menghadiri Upacara Sambutan Negara untuk Presiden Obama yang diadakan di Dataran Parlimen pada jam 17:40hrs.  Presiden Obama dan rombongan selamat tiba ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat khas Air Force One yang mendarat di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.


Lawatan Presiden Obama pada kali ini merupakan lawatan kali kedua Presiden Amerika syarikat ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon B Johnson pada 1966.

Sumber :- Bernama / Berita Harian

Saturday, April 26, 2014

Hari Keputeraan Sultan Terengganu Ke-52



Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman Serta Segala Jajahan Takluknya

Sempena

Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-52 
26 April 2014 Bersamaan  26 Jamadil Akhir 1435H

Dirgahayu Tuanku
Semuga Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Sembah Takzim Daripada

Maharum  Bugis  Syah

Pengiran Muda Mahkota Brunei Menyaksikan Perlawanan Bolasepak Liga Singapura

Kelihatan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama putera dan puteri baginda menyaksikan perlawanan Bola Sepak Liga Singapura malam tadi. Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim merupakan peminat bolasepak dan baru-baru ini telah menunjukkan skil bermain bolasepaknya sewaktu menyertai Perlawanan Bolesepak Jerudong International School Funday pada 20 April lepas.

26 April 2014, Sabtu :-

Malam tadi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman telah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bolasepak Pusingan Pertama Liga Singapura yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Malam tadi menyaksikan perlawanan diantara Brunei DPMM FC melawan Balesiter Khalsa FC dimana kemenangan memihak kepada Brunei DPMM FC dengan jaringan 4-1 hasil sumbangan Rodrigo Antonio Tosi (3 gol) dan Roy O Donovan (1 gol). 

Pada 30 April nanti Brunei DPMM FC akan meneruskan cabarannya menentang pasukan Woodlands Wellington FC di Singapura. Dengan kemenagan malam tadi telah menaikkan kedudukan Brunei DPMM FC dalam Liga Singapura ditangga teratas dengan 22 mata diikuti oleh pasukan Warriors FC dengan 20 mata dan Tampines Rovers FC 19 mata.


Turut serta menyaksikan perlawanan bolasepak ini adalah Presiden Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan kerabat diraja yang lain.

Sumber :- Pelita Brunei

Tuesday, April 22, 2014

Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim Main Bola

22 April 2014, Selasa:-

Lincahnya budak kecil baju biru nie menunjukkan skillnya bermain bolasepak.... bukan main lagi dia yer.  Siapakah agaknya budak comel nie. Ini adalah putera sulong kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman.  

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim berusia 7 tahun diputerakan pada 17 Mac 2007 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Bagawan, Negara Brunei Darul Salam. Gambar ini diambil sempena Perlawanan Bolesepak Jerudong International School Funday pada hari Ahad lepas, 20 April 2014.


Sumber :- Photo Jabatan Penerangan Brunei / MBS

Sunday, April 20, 2014

Wajah Terbaru Azrinaz Mahzar Hakim

20 April 2014, Ahad :-

Kepada yang selalu tertanya-tanya mengenai Azrinaz Mazhar Hakim inilah wajah terbaru bekas Isteri kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.  Gambar ini diambil sewaktu Azrinaz menghadiri Majlis Malam Wartawan Malaysia 2014 yang berlangsung di One World Hotel, Genting Highland pada 18 April 2014. 

Azrinaz Mazhar Hakim berkahwin dengan Sultan Brunei pada 20 Ogos 2005 di Rumah Awang Alak Bertatar di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sebelum berkahwin Azrinaz merupakan seorang wartawan dan penyampai berita di TV3. Azrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei dalam usia 26 tahun manakala Sultan Brunei ketika itu berusia 59 tahun dengan perbezaan umur sebanyak 33 tahun. 

Jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditangan Allah dan kita sebagai manusia cuma merancang sahaja, Allah yang menentukannya segalanya. Begitulah juga dengan jodoh diantara Azrinaz dan Sultan Brunei yang telah berakhir pada 16 Jun 2010 setelah hampir 5 tahun mendirikan rumahtangga. Azrinaz telah dikurniakan dengan sepasang cahayamata hasil perkongsian hidup beliau bersama Sultan Brunei iaitu :-
  1. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel - diputerakan pada 01 Jun 2006.
  2. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah - diputerikan pada 28 Januari 2008.

Pemberitahuan berhubung perceraian ini telah dimaklumkan kepada rakyat Brunei melalui RTB (Radio dan Televisyen Brunei) pada 16 Jun 2010 jam 20:00hrs. Berita ini disampaikan oleh YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar. Dalam ucapanya beliau memaklumkan "Maka pada petang Rabu 03 haribulan Rejab 1431 Hijrah bersamaan dengan 16 haribulan Jun tahun 2010 masihi (baginda) telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar".

Semasa bergelar isteri Sultan Brunei, Azrinaz menggunakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar, D.K.M.B, The Order of Renaissance (First Degree) (Jordan), P.H.B.S. Walau bagaimanapun segala gelaran diraja dan pingat kebesaran yang diberikan kepada Azrinaz telah ditarik balik berkuatkuasa mulai tarikh penceraian.

Mungkin ada yang bertanya dimana beliau sekarang, Beliau sebenarnya sudah pulang ke Malaysia dan tidak tinggal di Brunei lagi. Kedua-dua anakanda beliau berada di Negara Brunei Darussalam dibawah penjagaan bekas suaminya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Syah mendoakan agar Azinaz Mahzar Hakim tabah menghadapi sebarang dugaan dan berjaya dalam hidup. Amien.

Titah Sultan Brunei - Hudud


20 April 2014, Ahad :-

Ini adalah salah satu titah awal Sultan Brunei berhubung perlaksanaan undang-undang hudud di Negara Brunei Darussalam.



"Alhamdulillah, dalam sejarah, sejarahnya Brunei Darussalam selaku bumi bertuah ini tidaklah pernah meminta kebenaran daripada sesiapa untuk memilih Islam sebagai ugama rasmi negara.  Demikian juga kita tidak meminta dari mana-mana pihak untuk melaksanakan Undang-Umdang Jenayah Syariah demi kerana ia adalah semata-mata hidayat khusus daripada Allah kepada kita. Sesunguhnya hidayat itu adalah bulat menjadi Hak Allah".

Semuga usaha PAS untuk usul Perlaksanaan Hudud di Kelantan selewat-lewatnya pada Januari 2015 mendapat sokongan sepenuhnya di Parlimen Malaysia. Amien.

Saturday, April 19, 2014

Raja Nazrin Sempurnakan Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Ke-86


19 April 2014, Sabtu :-


Pagi tadi telah diadakan Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak,  Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah ke-86 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.  Istiadat disempurnakan oleh    Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Diantara titah baginda dalam istiadat pagi tadi :-

  • "Semestinya takhta pada setiap ketika tidak bersifat partisan, malah wajib mencuar tinggi di atas segala polemik politik kepartian, demi memastikan peranan takhta diterima baik, ketika takhta diperlukan berperanan sebagai penimbang tara untuk mendamaikan sebarang persengketaan di dalam negara," 
  • "Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam dikagumi kerana kejayaan kepimpinan yang mencerminkan sifat tawaduk, amanah dan adil.  Baginda mengutamakan budaya konsultasi, menghargai pendapat daripada mereka yang lebih arif, mempertimbangkan maklumat secara teliti, sebelum merumuskan keputusan secara bijaksana, Baginda pemimpin transformatif yang memberi inspirasi kepada pengikut agar sentiasa bersifat tawaduk, amanah dan adil walaupun sesuatu keputusan itu tidak memihak kepada kumpulan atau diri sendiri”.
  • "Tokoh-tokoh tersebut (merujuk kepada Iskandar Zulkarnain, Salahuddin Ayyubi, Sultan Alauddin Ri'ayat Shah) adalah kalangan pemimpin progresif yang berpegang kukuh kepada konsep tauhid dan ketuhanan, bersifat tawaduk, amanah dan adil serta sentiasa insaf bahawa pangkat dan jawatan adalah amanah berat.
  • "Dalam menyelami minda agar dapat lebih memahami tuntutan semasa dan cabaran masa hadapan, terutama untuk menghadapi generasi muda, Beta senantiasa mengimbas ingatan akan semangat permuafakatan yang telah terukir di antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun, satu kontrak sosial menyentuh hubungan Raja dengan rakyat dan hubungan rakyat dengan Raja; bahawa rakyat akan kasih dan setia kepada Raja yang adil berlandaskan semangat Raja adil - Raja disembah".
  • "Beta juga amat insaf bahawa daulat dan darjat seseorang Raja 'tidakkan pipis datang melayang - tidakkan bulat datang menggolek'," 
Sumber :- Bernama

Tuanku Muhriz Hadiri Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 2013 Kali Ke-11 Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir


19 April 2014, Sabtu :-

Pagi tadi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 2013 Kali Ke-11 Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban, Negeri Sembilan.  Turut mengiringi baginda dalam Majlis yang diadakan di The Royale Bintang Seremban ini adalah Duli Yang  Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud, Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dan isteri, Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Sumber :- YAB DSU Haji Mohamad

Istiadat Di Raja Bersama Rakyat, Istiadat Berkhatan dan Bertindik YM Paduka-Paduka Anakanda YAM Tengku Muda Pahang




19 April 2014, Sabtu :-

Istiadat Di Raja Bersama Rakyat, Istiadat Berkhatan dan Bertindik Yang Mulia Paduka-Paduka Anakanda Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah diadakan pada 16 hingga 18 April 2014 bersamaan 16 hingga 18 Jamadilakhir 1435.  Daerah Temerloh telah dipilih sebagai lokasi istiadat ini  dimana seluruh rakyat Pahang telah dijemput menghadiri istiadat ini. Istiadat ini merupakan julung kalinya diadakan bersama rakyat dan telah dihadir oleh seramai 60,000 orang. Terdahulu, pada malam 17 April telah diadakan Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Istiadat ini di Masjid Abu Bakar, Temerloh, Pahang.

Istiadat kemuncak telah didakan malam tadi di Dataran Temerloh, Temerloh, Pahang dengan penuh adat istiadat diraja Pahang.  Para hadirin telah dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan hasil air tangan tukang-tukang masak terkenal dari setiap daerah dalam negeri Pahang termasuklah 1000 kawah gulai kawah yang telah dimasak khas untuk istiadat kemuncak malam tadi secara gotong royong. Disamping itu para hadirin juga dihidangkan dengan makanan tradisional Pahang seperti daging opor dan gulai tempoyak ikan patin. 

Majlis bermula jam 21:00hrs dengan ketiga-tiga anakanda Tengku Muda Pahang iaitu Tengku Ameera Asya, Tengku Eddie Akasya dan Tengku Ahmad Firhan Shah diarak menaiki gajah menuju singgahsana yang terletak di khemah utama.  Bacaan doa kemudiannya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Dato' Syed Ibrahim Syed Ahmad. Selepas bacaan doa diadakan pula upacara merenjis dan menepung tawar ketiga-tiga anakanda Tengku Abdul Rahman oleh kaum kerabat diraja Pahang. Dengan adanya istiadat seperti ini, rakyat akan dapat melihat secara lebih dekat dan memahami adat-istiadat diraja negeri Pahang disamping mendekatkan lagi Istana dengan rakyat.

Turut serta dalam istiadat malam tadi adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah,  Sultanah Pahang, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Kalsom, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, kaum kerabat Diraja, para jemputan khas dan rakyat Pahang.

Diantara artis yang menghiburkan para hadirin malam tadi adalah Tegar dan Rosa dimana anakanda-anakanda YAM Tengku Muda Pahang sempat menyanyi bersama-sama artis pujaan mereka. Para jemputan khas telah diberikan cenderahati berupa piring peringatan sempena Istiadat Di Raja Bersama Rakyat, Istiadat Berkhatan dan Bertindik Yang Mulia Paduka-Paduka Anakanda Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang.

Sumber :- Bernama, Kunain/Kuanne &; Azili.

Ulangtahun Keputeraan Sultan Azlan Shah Ke-86



Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah 

Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah

Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah
Negeri Perak Darul Ridzuan

Sempena

Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-86 
19 April 2014 Bersamaan 19 Jamadil Akhir 143H

Dirgahayu Tuanku
Semuga Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Sembah Takzim Daripada


Maharum Bugis Syah

Tuesday, April 15, 2014

Pengiran Muda Abdul Qawi dan Tengku Amalin A'ishah Puteri Dikurniakan Cahayamata Pertama




Click gambar untuk imej yang lebih besar

14 April 2014, Isnin :-

Shukur Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Puteri binti Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra diatas kelahiran cahayamata pertama mereka berdua. Puteri comel ini diputerikan pada 13 April 2014 bersamaan 13 Jamadil Akhir 1435H. Syah mendoakan agar puteri comel ini dikurniakan ahlak yang mulia, kesihatan yang baik dan menjadi kebangaan kedua ayahanda dan bondanya. Amien.

YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri berkahwin pada Khamis malam Jumaat 27 Jun 2013 bersamaan 18 Sya'ban 1434H di Istana Mahkota,  Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.

Sunday, April 13, 2014

Sultan Brunei Berangkat ke Kuala Lumpur Hadiri DSA ke-14


13 April 2014, Ahad :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Pameran dan Persidangan, Perkhidmatan Pertahanan Asia Ke-14 atau Defence Services Asia 2014 (DSA)  Seperti biasa, sebelum keberangkatan baginda keluar negara, doa selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, YB Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Hj Awang Abd Aziz bin Juned di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dan di Hangar Penerbangan KDYMM Rimba. 


Turut serta mengucapkan selamat berangkat kepada baginda di  Hangar Penerbangan KDYMM Rimba adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, . 

Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) 2014 ke-14 akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur bermula 14 hingga 17 April 2014. Sebanyak 1000 syarikat industri pertahanan tempatan dan antarabangsa dari 50 buah negara akan menyertai pameran ini. Pameran hanya dibuka kepada pelawat perdagangan, anggota tentera, pasukan keselamatan, pasukan kadet beruniform, penganalisis serta pemerhati pertahanan dari dalam dan luar negara. Pameran dibuka bermula jam 09:30hrs hingga 16:30hrs. Beberapa program akan diadakan sempena pameran ini diantaranya Persidangan Meja Bulat Panglima Tentera Darat, Keselamatan Siber, Forum Putrajaya, Asean Hall dan ‘Battlefield Healthcare’. 

Pameran Perkhidmatan Pertahanan 2014 ke-14 merupakan pameran peralatan dan teknologi pertahanan, sistem persenjataan dan penyelesaian keselamatan generik terkini untuk memenuhi keperluan pasukan keselamatan negara serta negara-negara Asia Pasifik. Pameran pada kali ini merupakan pameran yang terbesar semenjak ianya diadakan buat pertama kalinya pada 1988. Pameran ini juga akan memperlihatkan ASEAN sebagai satu pasaran Industri Pertahanan. ASEAN dianggotai oleh Negara Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Borneo Post / Kosmo

Saturday, April 12, 2014

Gambar Terbaru Prince George of Cambridge


12 April 2014, Sabtu :-

Inilah dia wajah terbaru putera sulong HRH Prince William, The Duke of Cambridge dan isteri, Kate Middleton, HRH The Duchess of Cambridge. Sudah besarkan budak ini? dan cute sangat rasa macam nak cubit-cubit pipinya. Gambar ini diambil pada 09 April lepas sewaktu lawatan Duke and Duchess of Cambridge ke Wellington, New Zealand.

His Royal Highness Prince George Alexander Louis atau lebih dikenali sebagai His Royal Highness Prince George of Cambridge diputerakan pada 22 Julai 2013 di Hospital St. Mary, London. Bakal pewaris tahta Britain ini kini berusia lapan bulan.

Sumber :- AFP

Thursday, April 10, 2014

Sultan Brunei Hadiri Majlis Mengangkat Sumpah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar


10 April 2014, Khamis :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menghadiri Majlis Mengangkat Sumpah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Besar, Yang Arif Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman.  Majlis yang diadakan di Istana Nurul Iman ini turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei  

Sunday, April 6, 2014

Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Hadiri Mesyuarat Majlis PPPBD


06 April 2014, Ahad :-

Pagi tadi Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam. Turut serta dalam mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat persatuan berkenaan di Kampung Anggerek Desa adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (KHELNP). YTM kemudiannya menghadiri Majlis Sambutan 60 Tahun Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

Saturday, April 5, 2014

Queen Elizabeth II Bertemu Pope Francis

05 April 2014, Sabtu :-

Pada 03 April lepas Her Majesty Queen Elizabeth II dan suami baginda, Duke of Edinburgh telah mengadakan lawatan ringkas ke Vatican City dan mengadakan perjumpaan dengan  Pope Francis dan bekas Ketua Biskop Westminister Cardinal Cormack Murphy O'Connor di Dewan Paul VI, Vatican City.  Baginda Queen yang juga merupakan Ketua Gereja England sepatutnya dijadualkan ke Vatican City pada April 2013 tetapi ditunda sehingga tahun ni kerana keadaan kesihatan baginda Queen tidak mengizinkan baginda meneruskan lawatan berkenaan. Ini adalah kali kelima baginda Queen mengadakan perjumpaan bersama Pope Francis. Dalam rangka lawatan ini, baginda Queen telah berkenaan menghadiri majlis Santapan Tengahari bersama Presiden Itali, Giorgio Napolitano.

Suber :- gettyimages

Tuesday, April 1, 2014

Pameran Sempena Hari Adat Istiadat Dibuka Selama Dua Minggu Bermula 31 Mei 2014


01 April 2014, Selasa :- 

Pameran Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Tokoh Adat Istiadat Sepanjang Zaman sedang berlangsung selama dua minggu bermula semalam 31 Mac 2014. Pameran ini dianjurkan oleh Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Majlis Istiadat Pemasyhuran Tokoh Adat Istiadat Sepanjang Zaman bersempena Hari Adat Istiadat  2014. Pameran yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Barakas ini dibuka untuk lawatan mulai jam 09:00hrs hingga jam 17:00hrs kecuali pada hari Jumaat dimana waktu kunjungan bermula pada jam 09:00hrs hingga 11:00hrs dan dibuka semula pada jam 14:30hrs hingga 17:00hrs. Kepada rakyat Brunei dan pelancong terutamanya dari Malaysia yang berada di Brunei jangan lepaskan peluang keemasan  ini untuk mengunjungi pameran ini.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei/Pelita Brunei