19 April 2014, Sabtu :-
Pagi tadi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 2013 Kali Ke-11 Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban, Negeri Sembilan. Turut mengiringi baginda dalam Majlis yang diadakan di The Royale Bintang Seremban ini adalah Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud, Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dan isteri, Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.
Sumber :- YAB DSU Haji Mohamad
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.