Sunday, April 27, 2014

Tuanku Abdul Halim Raikan Presiden Obama Dalam Majlis Makan Malam Negara


Click gambar untuk imej yang lebih besar.



27 April 2014, Ahad :-

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menerima mengadap Honourable Barack Obama, President of the United States of America dalam satu Majlis Makan Malam Negara di Istana Negara. Dalam titah ucapan baginda, baginda mengucapkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat atas sokongan dan kerjasama padunya dalam operasi menjejak pesawat MH370 yang hilang baru-baru ini. Titah baginda lagi, bantuan yang dihulurkan menjadi bukti kukuh wujudnya hubungan rapat diantara Malaysia dan Amerika Syarikat. Baginda juga turut menzahirkan kegembiraan baginda yang melihat hubungan Amerika Syarikat - Malaysia bertambah kukuh dan erat beberapa tahun kebelakangan ini dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, keselamatan dan pertahanan, pendidikan, tenaga, sains dan teknologi serta hubungan antara rakyat dengan rakyat.



Presiden Obama berada di Asia dalam rangka lawatan rasmi beliau ke empat buah negara Asia iaitu Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina. Presiden Obama sekarang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi selama 3 hari bermula semalam.  Destinasi terakhir Presiden Obama adalah Filipina. Terdahulu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli menghadiri Upacara Sambutan Negara untuk Presiden Obama yang diadakan di Dataran Parlimen pada jam 17:40hrs.  Presiden Obama dan rombongan selamat tiba ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat khas Air Force One yang mendarat di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.


Lawatan Presiden Obama pada kali ini merupakan lawatan kali kedua Presiden Amerika syarikat ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon B Johnson pada 1966.

Sumber :- Bernama / Berita Harian

3 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.