12 Disember 2013, Khamis :-
Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah yang juga merupakan Kolonel Yang Di-Pertua Tentera Udara Diraja Malaysia telah berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Panji-Panji Skuadron kepada 3 (tiga) Skuadron TUDM iaitu No.11, 12 dan 15 . Istiadat berlangsung di Pengkalan Udara Subang, Selangor.
Penganugerahan panji-panji ini merupakan satu pengiktirafan tinggi yang diberikan bagi mengenang jasa, sumbangan dan pengorbanan warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan negara. Panji-panji ini juga merupakan simbol kepahlawanan yang harus disanjung dan dipertahankan oleh semua Waga Tentera Udara Diraja Malaysia.
Leftenan Kolonel Azman bin Jantan telah mengetuai perbarisan Istiadat Penganugerahan panji-Panji Skuadron bersama-sama 26 pegawai dan 363 anggota lain-lain pangkat. Turut serta dalam istiadat ini adalah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom dan Panglima Angkatan Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.
Sumber :- Bernama / Airforce.gov.my
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.