12 Disember 2013, Khamis :-
Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat ke Tokyo, Jepun bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun kali ke-40. Seperti biasa sebelum berangkat, doa selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia (Dr) Hj Awang Abd Aziz bin Juned. Majlis doa selamat diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dan Penerbangan Diraja Rimba.
Syah mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan rombongan sentiasa dilindungi Allah hendaknya dan selamat berangkat pergi dan kembali semula ke Negara Brunei Darussalam. Amin.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei
Salam Syah, hamba ingin mencadangkan sedikit pembetulan. Bahawa Mufti Kerajaan Brunei Darussalam ada-lah disampiri gelaran 'Pehin Datu Seri Maharaja' dan pangkatnya ada-lah 'Dato Paduka Seri Setia'. Mohon ma'alum.
ReplyDeleteterima kasih atas info yang diberikan tetapi nama yang ada didalam entry ini Syah ambil daripada Jabatan Penerangan Infofoto.
ReplyDelete