Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Vietnam
05 September 2013, Khamis:-
Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah menamatkan lawatan rasmi negara baginda berdua ke Thailand selama tiga hari bermula 02 september lepas dan meneruskan perjalanan ke Vietnam pagi tadi untuk lawatan rasmi negara selama empat hari. KDYMM seri Paduka Baginda berdua dan rombongan berlepas ke Vietnam jam 09:00hrs waktu Thailand melalui penerbangan khas dari Pengkalan Tentera Udara diraja Thailand di Don Mueang.
KDYMM Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan diraja berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai jam 10:45hrs waktu Vietnam atau jam 11:45hrs waktu Malaysia. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Pejabat Presiden Vietnam, Dao Viet Trung ; Timbalan Menteri Luar Vietnam, Nguyen Phuong Nga ; Duta Malaysia ke Vietnam, Datuk Azmil Mohd Zabidi dan Duta Vietnam ke Malaysia, Nguyen Hong Thoa. KDYMM Seri Paduka Baginda berdua turut menerima penghormatan daripada pasukn kawalan kehormat terdiri daripada 24 anggota Angkatan Tentera Vietnam. Menteri Pengiring bagi lawatan negara ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.