Sempena sambutan Hari Guru ke 23 bagi tahun 2013, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei telah mengadakan Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin bagi ayahanda dan bonda Sultan Brunei, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Bagawan. Majlis diadakan pada 05 September ini dihadiri oleh 500 orang dari Kementerian berkenaan yang diketuai oleh Menteri Pendidikan Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman bersama-sama pegawai-pegawai dan kakitangan termasuk guru-guru dan sekolah-sekolah/maktab-maktab/institusi pengajian tinggi, teknikal dan vokasional.
Bacaan Tahlil dan Surah Yasin dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Mohd. Amin bin Haji Salim. Turut serta dalam majlis ini adalah Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad, Timbalan Menteri Pendidikan, Dato Seri Setia Awang Haji Yusoff bin Haji Ismail, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Perdana Menteri.
Sumber :- Pelitabrunei
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.