16 Julai 2013, Selasa :-
Shukur Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada Raja Azmi Raja Sulaiman yang telah selamat bertunang dengan lelaki pilihan hatinya, Mohd Eddie Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan Eddie. Majlis pertunangan diadakan lebih kurang jam 18:00hrs semalam 15 Julai 2013 di kediaman Raja Azmi di Ukay Perdana, Hulu Klang. Ibu kepada Eddie, Mariah Abu Samah (73 tahun) telah menyarungkan cincin pertunangan kejari manis Raja Azmi sebagai tanda mereka telah diikat dengan tali pertunangan.
Majlis pertunangan ini agak unik dimana pihak perempuan diwakili oleh anak sulong Raja Azmi, Puteri Suraya Jalani (28 tahun) manakala pihak lelaki pula diwakili oleh anak sulong Eddie, Muhammad Daniel (21 tahun). Persetujuan telah dicapai oleh kedua-belah pihak dimana pasangan ini akan bertunang selama dua bulan sebelum mendirikan rumahtangga pada tarikh 15 September 2013.
Pihak Raja Azmi menerima tiga dulang hantaran berupa buah-buahan, coklat dan telekong serta senaskah al-Quraan menggantikan wang hantaran. Hantaran pihak lelaki dibalas 5 dulang oleh pihak perempuan berupa beg duit, jam tangan, baju kemeja, kek dan coklat.
Bak kata orang Cinta Tak Mengenal Usia, Raja Azmi berusia 54 tahun bertemu jodoh dengan Eddie yang berusia 45 tahun. Itulah suratan takdir namanya kerana jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditentukan oleh ALLAH. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang sebaik mungkin tetapi Allah yang menentukan segalanya. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri.
Entry Syah terdahulu berhubung Raja Azmi ini :-
Sumber :- Kosmo / MBS / Utusan Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.