30 Mei 2013, Khamis :-
Seorang
kerabat diraja Perak dan juga merupakan seorang penerbit filem, Raja Azmi Raja
Sulaiman telah disamun oleh dua orang lelaki bermotosikal berhampiran Hotel
Istana, Kuala Lumpur pada 28 Mei 2013. Kejadian berlaku pada jam 00:30hrs
(12:30 tengah malam) ketika Raja Azmi dalam perjalanan menuju ke kenderaan beliau
setelah selesai menghadiri satu majlis perkahwinan di hotel berkenaan. Ketika
berada kira-kira 20 meter dari kenderaanya, beliau telah didatangani oleh dua
orang lelaki bermotosikal. Salah seorang
dari suspek telah menolak beliau kedinding di kaki lima hotel dan cuba merampas
beg tangannya. Berlaku sedikit
pergelutan dan Raja Azmi menjerit untuk meminta tolong. Suspek kemudiannya
menutup mulut Raja Azmi dan menamparnya menyebabkan bibir Raja Azmi pecah. Apabila
melihat orang ramai datang memberi bantuan suspek telah melarikan diri dan
hanya sempat merampas telefon pintar Samsung Galaxy II yang dipegang oleh Raja
Azmi ditangan kanannya.
Raja
Azmi dalam kenyataannya bershukur kerana beliau tidak mengalami kecederaan
serius dan memaklumkan bahawa ini adalah kejadian yang pertama berlaku dalam
hidupnya. Beliau telah membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi dan
kerugian dianggarkan berjumlah RM2,000.00.
Sila click link berhubung penceraian Raja Azmi Penceraian Raja Azmi dan Jailani
Sumber :- Kosmo
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.