05.12.2012, Rabu - Salam dan apa khabar semua. Syah sampai Rawang Residence tadi jam 18:55hrs dan terus ke Giant Hypermarket kat Bandar Rawang untuk beli Buah Limau, Anggur dan Cereal. Hari nie 1st day akaun buka semula dan Syah ke TM Annexe 2 hantar payment untuk budak-budak SL1M dan petty cash serta payment Kak Rose. Terlanjur ke TM Annexe Syah singgah Pusat Perubatan Menara kerana ada masalah telinga berdengung dan sakit since Isnin lagi. Doktor kata ada infection kat dalam telinga Syah dan nampak merah kat dalam tu. Dr Rasol bagi antibiotik dan ubat titik serta ubat selsema coz Syah informed dia yang hidung Syah tersumbat. Ubat yang Dr bagi nie rasanya macam kuat sedikit sebab Syah rasa bulu roma kat dahi Syah meremang, kalau syah tak tahan dengan sesuatu ubat selalu rasa macam tu tetapi dah tak sihat makan je lah, kan?. Rasa tu biasanya akan dialami oleh yang akan hendak demam. Dalam masa yang sama Syah jumpa Dietitian dan diringkaskan cerita katanya permakanan Syah ok cuma Syah tak bersenam dan dia minta Syah buat senaman untuk membantu menurunkan tahap kolestrol syah. Lagi satu dia informed Syah supaya kurangkan pengambilan Oat 3 in I kerana katanya makanan macam tu mengandungi gula yang banyak dan tak baik untuk kesihatan Syah. Dia cadangkan agar Syah buat Oat sendiri dan kurangkan gula.
Petang tadi Syah masukkan duit belanja bulanan untuk Ayahanda melalui Maybank2U.com. Kat office petang tadi ada staff sambut birthday dan Syah makan kek birthday dari Secrete Recipe tu satu sudu sahaja sebab tak boleh makan banyak . Petang tadi ada rasa regret sedikit dengan Yayasan TM kerana mereka alihkan file Syah dan ada file tahun 2010 Kak Rose tinggal file sahaja dan isinya sudah dibuang. Memang we all sudah pindah tetapi filing room memang ditempat asalnya kerana itu arahan En Saiful, AGM di Business Support tetapi lain pula jadinya. Alasan mereka , Yayasan TM kat situ dan mereka tak ada tempat hendak isi fail. Patut ker buat macam tu dan kalau ada audit query pasal payment nanti macam mana nak cari exspecially file kak Rose yang dah kena shared tu....... Malas hendak bertekak dan kami serahkan pada En Saiful untuk bincang dengan Yayasan TM berhubung perkara ini. Tengoklah nanti macam mana decision dia nanti.
Sampai KTM Rawang tadi Syah beli buah nenas dan malam nie macam tak ada selera pula nak makan dan Syah hanya makan biskut untuk alas perut sebab nak makan ubat. Mungkin kejap nanti tertidurlah nie sebab Syah ambil ubat selsema khas untuk malam sahaja dan Dr informed tadi katanya akan rasa mengantuk. Gambar kat atas tu lunch Syah tadi sayur Campur, Sayur Bayam dan Ikan Tengiri Goreng. Ok lah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry, Selamat malammmmmmmmmmm........
Sampai KTM Rawang tadi Syah beli buah nenas dan malam nie macam tak ada selera pula nak makan dan Syah hanya makan biskut untuk alas perut sebab nak makan ubat. Mungkin kejap nanti tertidurlah nie sebab Syah ambil ubat selsema khas untuk malam sahaja dan Dr informed tadi katanya akan rasa mengantuk. Gambar kat atas tu lunch Syah tadi sayur Campur, Sayur Bayam dan Ikan Tengiri Goreng. Ok lah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry, Selamat malammmmmmmmmmm........
saudara shah, oat kalu nak sedap letak raisin, gaulkan raisin dgn oat lepas tu tuang air panas, secara tak langsung kemanisan semulajadi raisin akan terhasil disebabkan air panas. bila dah kembang letak susu rendah lemak, tak perlu lagi gula. minuman 3 in 1 memang banyak gula. begitu juga produk minuman yogurt low fat, kandungan gulanya pfffttt... oat campur dgn milo biasa (bkn 3 in 1) ok juga. cuma jgn letak susu manis. boleh jugak cuba oat BG22 Biogrow, ada jual kat caring pharmacy. maaf komen panjang berjela.
ReplyDeleteTerima Kasih Banyak-Banyak, Tak apa kita kongsi maklumat bersama.
ReplyDelete