27.11.2012, Selasa - Hari ini isteri kepada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Toh Puan Bendahara Kedah Toh Puan Noor Suzanna binti Abdullah telah berkenan menghadiri majlis penyerahan cek Festival Fesyen Islam (IFF) yang diadakan di Kedutaan Palestin di Jalan U Thant, Kuala Lumpur. Toh Puan Noor Suzana yang mewakili Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah menyerahkan sumbangan berjumlah RM20,000.00 kepada Duta Palestin, Abdul Aziz Abu Ghoush. Turut serta dalam majlis ini adalah Pengasas dan Pengerusi IFF, Dato' Seri Raja Rezza Shah atau lebih dikenali sebagai Shah Rezza.
Sumber : Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.