27.11.2012, Selasa - Pagi tadi Syah lewat masuk office sebab bas mini dari Rawang Residence Syah ada masalah teknikal yang serius...... hehehehe. Bukan komuter atau LRT sahaja yang ada masalah teknikal yer, bas pun sama gak. Kami kat dalam bas semuanya terperanjat macam ada bunyi benda jatuh kat bawah bas yang sedang bergerak. Driver bas turun buat siasatan dan akhirnya minta kami turun sebab tangki minyak dia terjatuh rupanya. Nak marahpun ada, nak tergelakpun ada tetapi untunglah kejadian nie berlaku beberapa meter dari jalan utama dan kami terpaksa naik bas lain untuk ke Pekan Rawang. Kalau masih kat area taman perumahan kami alamat berpeluhlah menapak keluar ke jalan utama untuk ke KTM Rawang. Sampai jer kat KTM orang sudah beratur panjang beli tiket walhal komuter sudah hendak berjalan. Walau bagaimanapun Syah sempat naik komuter tu kerana dia bertolak lewat sedikit dari schedulenya jam 08:15hrs.
By the way hari nie busy sedikit dan tak sempat nak update blog mengenai raja-raja. Insyallah malam nanti lah yer dan sehingga berjumpa lagi dilain Entry ........ Byeeeeeeeee
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.