28.08.2012, Selasa - Putera Mahkota Salman bin Abdulaziz akan memangku jawatan Raja Arab Saudi buat pertama kalinya selepas dilantik sebagai Putera Mahkota Arab Saudi berikutan keberangkatan Raja Abdullah keluar negara untuk bercuti. Semalam Mahkamah Diraja telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas berhubung pemangkuan ini :-.
"Putera Mahkota Salman akan menguruskan hal ehwal negara dan menjana kepentingan rakyat sepanjang ketiadaan Raja Abdullah"
Walau bagaimanapun tidak dinyatakan berapa lama Raja Abdullah yang berusia 89 tahun itu akan berada diluar negara dan distanasi percutian baginda. Tak tahulah samada baginda Raja Abdullah sebenarnya keluar negara untuk bercuti atau untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Sumber :- Kosmo
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.