28.08.2012, Selasa - Hari nie Syah ada appointment dengan Dr. Yanti mengenai blood test Syah. Alamak tahap kolestrol Syah turun sedikit sahaja tetapi masih ditahap high risk. Dr minta Syah buat test lagi empat bulan dan jika berada ditahap yang tidak sihat Syah terpaksa ambil juga ubat kolestrol sepanjang masa. Syah bukan tak hendak ambil tetapi Dr pernah informed Syah katanya sesetengah orang (tak semua) boleh dapat kencing manis kesan dari ubat kolestrol nie jika diambil secara berterusan. Mengikut rekod tahap kolestrol Syah normal jika ambil ubat dan akan tinggi jika tanpa ubat since 2008 lagi. Kata Dr mungkin Syah jenis orang yang ada kolestrol walaupun Syah jaga makanan dan hanya akan berkurangan jika ambil ubat. Tetapi Syah akan cuba juga tanpa ubat dengan mengambil susu omega plus yang Syah beli tadi dan Syah akan makan lebih Oat. Tunggu empat bulan lagi dan Syah akan buat blood test semula. Minta-minta cara nie berjaya jika tidak terpaksalah makan juga ubat tu bagi mengelakkan masalah pada jantung Syah pula nanti.
Pagi tadi Syah ke office sekejap sebelum ke kelinik untuk berjumpa dengan salah seorang peserta SL1M untuk berbincang dengan dia berhubung payment mereka yang selalu tersangkut. Minta mereka mengisi borang pendaftaran vendor dan minta-minta cara nie akan melancarkan lagi proses bayaran kepada mereka. Insyallah.......... Selepas ke kelinik Syah terus ke rumah Kak Lang Ella untuk beraya dan lepas Asar tadi baru Syah balik ke KL Residence. Kak Lang Ella sempat buatkan bubur nasi untuk lunch Syah dan dia puasa hari ini. Esok Syah ada function Raya tetapi terlupa bawa baju Melayu lalu Syah pinjam baju Firdaus, anak Kak Lang Ella. Malas nak balik ke Rawang dan balik semula ke KL. Gambar kat atas tu Syah dan anak saudara Syah Ijat atau Syah panggil Ku Chik sahaja manakala Firdaus tak balik lagi kerana ada kelas sampai petang. Balik tadi singgah KLCC beli Susu Omega dan Roti untuk turunkan kolestrol. Sampai Tmn Melati LRT, Syah singgah pasar malam beli jagung rebus dan Young Tau Foo. Oklah Syah undur diri dulu, sehingga berjumpa lagi dilain entry. Byeeeeeeeeeeeeeeeee
Salam..mungkin syah boleh cuba minum minyak kelapa dara..byk khasiat dan kebaikan..cuba searh kat internet..byk info tentang minyak kelapa dara
ReplyDelete