29.07.2012, Ahad - Malam tadi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Rejimen Semboyan Diraja (RSD) yang diadakan di Kuala Lumpur. Dalam majlis ini, baginda telah menyampaikan derma peribadi baginda bagi mengisi Tabung Rayuan Hari Pahlawan.
Kelihatan Pengerusi Kor RSD , Mejar-Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan dan isteri menyematkan bunga raya didada Tuanku berdua selepas baginda menyampaikan sumbangan berkenaan. Majlis diadakan di Wisma Perwira, Kem Batu Kentonmen, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur . Tuanku Muhriz merupakan Kolonel Yang Di Pertua Rejimen Semboyan Diraja.
Sumbangan :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.