29.07.2012, Ahad - Malam tadi Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berangkat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Hakim-Hakim, Badan Beruniform dan Penguatkuasa Undang-Undang. Majlis diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.