02.07.2012, Isnin - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah telah berkenan menerima Cek Zakat Perniagaan Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. Penyerahan cek disampaikan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Perak di jalan Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur. Cek berjumlah RM7.197 juta itu diterima oleh Tuanku bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan. Turut serta dalam majlis ini adalah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kamal Piah Che Othman.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.