02.07.2012, Isnin - Semalam lepas habis kerja Syah ke Amcorp Mall kerana hendak join Muss, Cd dan Haziq yang ada kat sana. Mereka nak tengok junk sales kat Amcorp Mall dan Syah pun tak pernah tengok jualan tu cuma dengar sahaja sebelum nie, dengarnya banyak barang-barang lama dan antik kat situ. Memang banyak barang-barang lama yang dijual disini yang antik tu mungkin ada tetapi terhad. Jalan punya jalan akhirnya jumpa beberapa buah gerai yang jual duit siling lama dan ada pula dijual Siling Peringatan Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 yang dijual dengan harga antara RM30.00 hingga RM25.00. Akhirnya Syah beli satu dengan harga RM25.00 dan kata penjual tu minggu depan dan lama lagi iannya akan naik harga.
Pandai mereka nie, dibelinya banyak-banyak dan kemudian jual balik. Siling nie dikeluarkan oleh Bank Negara dan Syah telefon Bank Negara bertanyakan mengenai duit ini tetapi kata mereka duit-duit tu memang sudah tidak ada dalam simpanan Bank Negara lagi dan telah habis dijual. Menurut mereka, masa offer hari tu dibuka jam jam 09:00hrs dan sebelum lunch sudah habis licin. Pada yang berniaga tu mereka beli banyak-banyak dan jual dengan harga yang tinggi kerana siling ini tidak boleh didapati lagi. Harga sebenarnya hanya RM10.00 sahaja dan Syah beli semalam RM25.00 dan jika anda membelinya minggu hadapan atau bulan hadapan tak tahulah berapa harganya nanti. Menurut kakitangan Bank Negara mereka tidak boleh mengawal pembelian nie kerana pembeli datang beramai-ramai membawa anak bini/suami atau saudara mara dan ada tu yang beratur dua atau tiga kali pusingan untuk membuat pembelian kerana Bank Negara juga ada membuat had kuantiti yang boleh dibeli oleh seorang individu.
Macam-macam cara orang cari untung kan? Hehehehhe nasiblah tetapi bagi orang seperti Syah yang berminat nie, kita akan beli juga sebagai koleksi peribadi. Pada yang berminat bolehlah datang ke Ground Floor Amcorp Mall tak silap Syah untuk membeli Siling Peringatan Ini. Stamp dan sampul Surat Hari Pertama pun ada. Heheheh.........Macam...Macam ... Ada.aaaaaaaaaaaa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.