Thursday, June 14, 2012

Sultan Johor Menyentuh Isu Bidaan WWW 1 Dalam Titah Perasmian DUN Johor

14.06.2012, Khamis - Hari ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 yang berlangsung di Kota Iskandar. Dalam titah ucapannya, Tuanku sempat menyentuh isu kritikan bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin yang mengkritik baginda atas kemenangan bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 di Twitter baru-baru ini.  Titah baginda :-
  • "Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).  Adakah dia lupa tentang adap Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?"
  • "Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar.  Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik?  Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak dikaki sendiri tidak mampu diubati".
Tambah baginda lagi, setiap tindakan yang dilakukan oleh baginda adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan berharap segala kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan kepada umum. Jika Dato' Seri ingin memohon maaf, kemaafan hendaklah diminta kepada seluruh rakyat Johor. 

Sumber :- Bernama

1 comment:

  1. CUBA TUANKU BGTAU GUNA DUIT APA BIDA NO PLAT TU YAA? DULU MASA BAPAK TUANKU BUNUH CADDY GOLF TU KENAPA TAK BUAT UCAPAN MASUK TV3? TAKPA, DI DUNIA NI TUANKU CAKAP LA IKUT SUKA.. BUAT LA APA PUN. dI AKHIRAT NANTI TUANKU JAWABLAH DENGAN ALLAH. PERLUKAH MANUSIA MENYANJUNG MANUSIA LAIN? SIAPA LAH DIA NI DI SISI ALLAH SWT.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.