07.06.2012, Khamis - Salam dan berjumpa lagi kita di hari Khamis yang Indah ini. Apa khabar anda semua, Syah agak sihat juga selepas pembedahan semalam cuma ada rasa sakit sedikit dan Syah tak boleh duduk sebab akan rasa tak selesa dan sedikit sakit. Sekarang jam 10:12hrs dan doktor tak sampai lagi. Nak ketawa dan batukpun tak boleh sebab rasa sakit kat bawah tu. Ada rasa rimas sedikit sebab kat tempat pembedahan tu ada ditampal gouse macam pad dan ada rasa macam benda keluar. Masa buat entry nie ada ketua nurse (Sister) datang dan dia maklumkan itu semua perkara biasa selepas pembedahan.
Shukur alhamdulillah berkat doa kedua ibubapa, saudara mara dan rakan taulan di office, facebook dan blog operation semalam berjalan lancar. Masa Syah solat zohor staff datang fetch Syak ke bilik bedah dan katanya operation jam 14:30 hrs. Lama juga Syah menunggu untuk masuk dan nurse letakkan blanket panas kat Syah sebab bilik tu sejuk sangat. Syah cuma jumpa doktor bius sahaja manakala tak jumpa Dr Vijay.
Masa menunggu tu baca sahajalah apa yang Syah teringat nak baca dan bila masuk bilik bedah cuak juga rasanya dengan-lampu besar macam spotlight dan jadikan bilik tu terang menderang. Cakap-cakap dengar doktor bius Syahpun terlelap dan sedar jam 16:00hrs. Bila Syah pandang sekeliling rasa kabur dan cakap nak stay dulu kat nurse sebab ada rasa susah hendak bernafas walaupun dia inform Syah sudah boleh dihantar balik ke wad. Jam 17:00hrs baru depa tolak Syah naik ke wad.
Kat wad hanya boleh baring sahaja tak dibenarkan bangun sampai pagi nie. Mereka hanya bagi Syah milo sahaja dan tiada food. Pagi nie baru ada breakfast - Cereal dan low fat milk, tupun Syah makan sedikit sahaja dan tak selera nak makan. Subuh tadi member fb Syah, yopelensor datang melawat dan bawakan Syah mineral water.
Ok lah Syah hendak berehat sebentar dan jumpa lagi dientry seterusnya .
Ok lah Syah hendak berehat sebentar dan jumpa lagi dientry seterusnya .
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.