08.06.2012, Jumaat -Salam Jumaat dan selamat pagi semua. Keadaan Syah hampir sihat dan kesakitan operation tu bertambah kurang dan kalau dikira skala sakit tu antara 1 hingga 10 Syah letak 2. Cuma belum pass motion (buang air besar) lagi dan semalam Syah memang tension gila sebab Syah tunggu doktor datang tetapi senja baru datang. ceritanya begini, Selepas operation mereka ada tampal macam pad kat punggung Syah dan esok paginya Syah rasa macam ada benda keluar beberapa kali dan rasa basah dan tak selesa. pagi tu tanya nurse bila boleh buka dan katanya tunggu doktor datang. Pagi tak datang dan petang tanya lagi dan jawapan sama juga sampai dari pagi Syah hilang mood nak makan since puasa before operation tu. Akhirnya doktor datang dan lega rasanya bila dia suruh nurse buka. Masa nak buka Syah tanya tak ganti ker dan dia nak refer kat senior dia.
Lama Syah tunggu dia tak datang dan Syah ke kaunter tak berapa lama kemudian dia datang. Kuat betul gamnya dan agak sakit sedikit sahaja. Lega rasanya dia kata boleh cuci macam biasa. Masa cuci Syah rasa macam ada ketulan kat tempat buang air besar tu dan rasa takkan piles tu ada lagi dan bila Syah tengok kat cermin ada benda warna coklat. Syah refer kat kaunter dan nurse tu kata mungkin kain atau gouse tu nurse tak cabutkan.? Tension nya Syah dan tak lama lepas tu misi datang dan tarik kain tu keluar dan Syah rasa sakit dan panjang betul kain tu. Lepas Syah cuci sakit tu beransur kurang dan Syah minta izin nurse ke 7E beli roti.
Pagi nie Syah belum pass motion lagi dan misi tanya nak ubat supaya keluarkan najis dan Syah informed mereka biar dulu sebab nak tunggu dia keluar macam normal dan jika tak buang juga hari nie baru Syah ambil ubat tu.Memang rasa lapar hari nie dan misi kata kat Syah tadi jangan terlalu risau.
Semalam member facebook Syah Yope dan Fahrul datang melawat Syah. Actually tak sangka mereka datang melawat Syah dan terima kasih Yope dan Fahrul kerana sudi melawat Syah, really appreciate it. Sebentar tadi my boss, Dek Nor sms tanya nombor bilik Syah, mereka hendak datang hari nie agaknya.
ok lah, Syah hendak berehat sebentar dan jumpa lagi di lain entry.
Update :- Sebelum Solat Jumaat tadi my boss Dek Noor datang bersama Saiful, Abang Talib, Fadhullah dan Abang Zul melawat Syah di Assunta Hospital. Terima kasih semua kerana sudi datang melawat Syah dan terima kasih atas buahtangan yang kalian bawa. Really appreciate it.
By the way my brother call dan tanya bila keluar dan Syah kata esok. Dia informed tak datang hari nie dan akan fetch Syah esok. Hari nie dia hendak carikan pati ikan haruan yang Syah minta hari tu.
Update :- Sebelum Solat Jumaat tadi my boss Dek Noor datang bersama Saiful, Abang Talib, Fadhullah dan Abang Zul melawat Syah di Assunta Hospital. Terima kasih semua kerana sudi datang melawat Syah dan terima kasih atas buahtangan yang kalian bawa. Really appreciate it.
By the way my brother call dan tanya bila keluar dan Syah kata esok. Dia informed tak datang hari nie dan akan fetch Syah esok. Hari nie dia hendak carikan pati ikan haruan yang Syah minta hari tu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.