12.05.2012,Sabtu - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-76 di Dewan Agong Tuanku Canselor, Shah Alam, Selangor. Turut mengiringi baginda adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon. Dalam majlis ini juga Tuanku Abdul Halim telah dimasyurkan sebagai Canselor keempat UiTM menggantikan KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah menamatkan tempoh 5 tahun baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 adalah menjadi kelaziman Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai Canselor UiTM.
Diantara titah baginda dalam Istiadat Konvokesyen ini adalah:
- Jestru, Beta berharap para graduan sebagai golongan intelek dapat memainkan peranan secara positif agar negara Malaysia kekal berdaulat dibawah pemerintahan kita sendiri.
- Para graduan adalah pemimpin masa depan yang diharap untuk memastikan negara terus aman. Pertahankanlah negara, universiti ini agar sentiasa meneruskan kehebatan untuk mencipta peradaban lebih gemilang
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.