12.05.2012, Sabtu - Petang tadi selepas Asar, Syah ke Pekan Rawang sebab hendak withdraw duit untuk bayar maintenance pest control esok pagi. Lepas keluarkan duit Syah pusing keliling pekan Rawang nak cari mee rebus tapi tak ada. Akhirnya Syah teringat kedai yang jual nasi padang kat bas stop ada tulis mee rebus. Lalu Syah order satu. Yang herannya lambat sampai mee rebus Syah tu. Rupa-rupanya mereka masak mee rebus tu tak macam biasa kita tuang kuah jew. Syah tengok cara dia masak agak lain sebab dia masak kuah dan mee sekali dan kemudiannya tutup kuali tu. Tak kisahlah mungkin itu cara dia.
Akhirnya mee rebuspun sampai depan mata. Terdiam jap................. sebab tak rupa mee rebus yang biasa Syah makan. Nak rupa mee laknapun ada kuahnya. Ada perencah udang dan diletakkan cili padi dua tiga biji dan keropok serta macam bawang jeruk kot. Ingatkan tak hendak makan tetapi bila ingatkan tentang "pembaziran" akhirnya Syah telanlah juga. Ok gak rasanya tetapi rasa macam kempunan tak dapat makan mee rebus hari ini. Lain bebeno kata orang Perak rasanya, meenya agak lembik sebab dimasak bersama kuah. Harganya RM3.40 dan Syah tak order air kerana mereka tak jual air barli dan kebetulan Syah ada 100 plus.
Masa hendak bayar, Syah tanya tauke tu ini mee rebus apa dan katanya Indonesia. Syah tanya lagi, Indonesia dimana dan katanya Aceh. Hemmmmmmmmmmmm ....... taulah Syah mee rebus style Aceh rupanya. Agaknya kedai tu kedai orang Aceh walaupun jual nasi Padang. Patutlah Syah perasan cara cakap mereka lain bukan cakap Minangkabau. Itulah pengalaman Syah jalan-jalan cari makan hari nie. Rasanya tak makan lagi kot mee rebus kat kedai nie lagi lepas nie............hehehheheh.
Oklah semua ............... sehingga berjumpa lagi, Selamat Malam semua.
yepp..saya pnh order mee rebus kat kelantan.. last2 sekali mee kuah yg smpi.. setengah tempat diorg tak pandai masak mee rebus yg mcm kita selalu mkn kuah pekat dan dibaut daripada ubi.. hurm.. sabor je la..kalau nak mee rebus betul, better kedai mamak..
ReplyDeleteHehehehe ........ betul tu tetapi Mee Rebus Mamak sekarang nie pun ada setengahnya tak macam Mamak puya dulu-dulu. teringat Mee Rebus Mastan Ghani kat Teluk Intan (Ason, Perak memang Superb. Dan satu lagi kat Sungai Besar, Selangor tetapi nama tak ingat.
ReplyDelete