12.05.2012, Sabtu - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dalam kenyataannya semalam (Jumaat) memaklumkan beliau tidak akan memohon untuk merombak undang-undang berhubung isu menghina keluarga diraja berikutan kematian uncle sms, individu yang didapat bersalah dibawah undang-undang "lese-majeste" didalam penjara pada 08.05.2012. Mendiang yang berusia 61 tahun dijatuhkan hukuman hukuman penjara 20 tahun mulai November 2011 lepas.
Beliau memaklumkan "Saya menegaskan bahawa polisi kerajaan adalah muktamad. Saya telah memaklumkan kepada kumpulan yang mahukan undang-undang ini digubal semula bahawa misi utama kerajaan adalah untuk menyelesaikan isu berhubung masalah ekonomi Thailand.
Dibawah undang-undang ini sesiapa sahaja yang didapati menghina Raja, Permaisuri atau Putera Mahkota Thailand akan berhadapan dengan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap kesalahan.
Entry berhubung kematian uncle sms :-
http://tengkusyah.blogspot.com/2012/05/uncle-sms-meninggal-dunia-dipenjara.html
Sumber :- Royaltynu/AFP
Sumber :- Royaltynu/AFP
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.