30.04.2012, Isnin - Pada hari Sabtu lepas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Malam Jemaah Datuk-Datuk Negeri Kedah Darul Aman (JDNK) yang diadakan di Dewan Santapan Istana Negara. Majlis ini diadakan sempena meraikan Pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 baru-baru ini serta Hari Keputeraan baginda pada 16 Januari lepas. Keberangkatan tiba kedua-dua Seri Paduka Baginda disambut oleh Presiden JDNK dan juga merupakan Tunku Temenggong Kedah, Dato' Seri Diraja Tunku Sallehudin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan isteri Toh Puan Temenggong Kedah.
Turut serta adalah Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak. Dalam majlis ini Tuanku Abdul Halim berkenan memotong kek sebagai simbolik ucapan tahniah sempena meraikan pertabalan baginda. Diantara titah ucapan baginda dalam majlis ini adalah seperti berikut :-
- Jangan sesekali mengambil kesempatan daripada andaian peribadi kita untuk membuat tafsiran yang salah dan tidak bertanggungjawab sehingga boleh mencetuskan perselisihan dan perbalahan diantara rakyat.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.