30.04.2012, Isnin - Semalam Syah buat appointment dengan my brother Mus untuk menghadiri majlis perkahwinan Baim, anak Mak Mok iaitu ibu saudara Azrin. Majlis diadakan di Dewan Komuniti Taman Bukit Cheras. So dah lama tak jumpa mereka dan Mak Mok ucapkan terima kasih kerana Syah datang sambil tepuk-tepuk bahu Syah beberapa kali dan katanya "Datang Juga Kau Yer Syah". Nampak happy dia dan ini adalah menantu keduanya. Yang pertama hari tu Syah tak pergi kerana tak ada teman nak ketempat tu dan keluarga Azrin pula balik kampung di Pontian kerana Nenek Askanah meninggal dunia. So Syah ambil kesempatan kali ini terutamanya untuk berjumpa dengan nenek dari Pontian, Johor yang dah lam Syah tak jumpa. Nenek nie merupakan ibu tiri kepada bapa Azrin. Syah memang biasa dengan nenek tetapi sekarang nie jarang jumpa beliau. Nenek nampak sihat dan dari jauh lagi dia tersenyum bila nampak Syah. Begitu juga ibu-ibu saudara Azrin yang lainnya semua menegur Syah dan kata lama tak nampak Syah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.