Friday, March 23, 2012

Hari Ini dan Semalam

23.03.2012, Jumaat - Salam Jumaat dan apa khabar anda semua hari nie, Syah berharap anda semua dalam keadaan sihat. Pagi ini perjalanan ke pejabat as usual dan pagi tadi Syah bercukur kasi licin. Sampai office awal sedikit dan hari nie ada sesi Seteguk Kopi seperti biasa tetapi Syah tak join sebab busy checking my e-mail untuk melihat arahan tugas yang perlu dilakukan dari our internal customers setelah cuti dua hari dan ............... biasalah melambak tugasan yang perlu diselesaikan. On the way tadi my Boss Dek Nor sms kata ada Unit Meeting selepas sesi Seteguk Kopi.

Ini pula kes semalam yang membuatkan Syah macam nak daik darah dan tension. Wiring done on Tuesday dan as promised kontraktor nie akan datang pasang tile yang telah dibongkar tu on the next day, semalamlah. Adi (kontraktor) inform akan datang jam 10:00hrs tetapi jam 12:00hrs tak datang. Syah call katanya on the way. Jam 14:00hrs tak sampai juga dan katanya on the way. Hampir jam 16:00hrs Syah call tak jawab dan Syah cal banyak kali tak berjawap lalu Syah SMS rasa tak puas hati. Dia jawap dengan alasan dia busy mengop rumah yang dia buat di Sungai Bulu dan sejam lagi dia akan datang. Jam 18:00hrs baru datang dan kebetulan waktu tu Syah hendak ke Pasar Malam dan katanya hendak ke Pekan Rawang Beli tiles. Dalam hati Syah buka lagi ke Kedai.

Hampir jam 18:30hrs dia datang semula dan Syah tengok tak adapun dibawanya tiles. Alasan dia, dia dah booking dan kedai tu tak dapat deliver hari nie tunggu esok. Syah tahu dia tipu sebab rasanyalah kedai tu jam 18:00 dah tutup rasanya. Jadi dia pasang tile yang masa dia buka tempohari tetapi masih elok lagi tak pecah tu. The rest dia akan buat hari nie. Bila selesai kerja dia Syah suruh dia betulkan suis dalam rumah yang dia buat semalam kerana tak kemas dan Syah minta dia pasangkan 5 item hiasan dinding Syah kerana Syah tak boleh buat sendiri coz tak ada drill. Balance dia ada lagi RM460.00 dan dia minta RM200.00 dan Syah bagi RM100.00 sahaja dan inform dia kerja siap dulu baru saya bayar dan dia senyum sahaja. Bukan apa sebelum nie Syah bayar habis kerana percayakan dia tetapi timbul masalah macam nie pula.

Sebenarnya semalam Syah ada briefing berhubung kenaikan pangkat tetapi Syah tak pergi kerana nak tunggu kontraktor buat kerja tetapi sia-sia sahaja kerana dia tak datang seperti yang dijanjikan. Memang tension gila Syah semalam sampai Syah ambil air sembahyang untuk tenangkan hati. Tak apalah kerana sabar itu separuh daripada Imankan? walaupun Iman Syah nie taklah kuat sangat.

2 comments:

  1. Alhamdulillah, Syah ni penyabar orangnya, bangga akak ada adek blogger cam ni. Kdg2 masa renovate rumah, mcm 2 masalah ada.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.