16.01.2011, Isnin - Pada 14.01.2012 lepas Her Majesty Queen Margrethe II, Queen of Denmark yang berusia 71 tahun telah menyambut ulangtahun pemerintahan baginda yang ke 40 tahun. Baginda menaiki tahta pada 14.01.1972 setelah kemangkatan ayahandanya. Pada hari Sabtu lepas bersamaan 14.01.2012 Baginda telah melawat Makam kedua ayahanda dan bonda baginda Mendiang King Frederik IX dan Queen Ingrid di Roskilde Catherdal. Turut mengiringi baginda adalah kerbat-kerabat diraja Denmark, suami baginda, Prince Henrik dan putera-putera baginda, Crown Prince Frederik dan Prince Joacim.
Rombongan Diraja kemudiannya kembali ke Ibu Negara menggunakan keretapi peribadi baginda dan setibanya di Copenhagen baginda telah dibawa dengan pedati emas berkuda mengelilingi bandar ke City Hall untuk istiadat sambutan rasmi pemerintahan baginda ke-40 tahun. Beribu-ribu warga Denmark beratur disepanjang jalan dengan mengibarkan bendera bagi menyaksikan baginda Queen dari dekat. Setibanya di City Hall baginda Queen dan suami melambai tangan kearah lebih kurang 5,000 rakyat yang sedia menunggu kemunculan baginda berdua di beranda City Hall berkenaan. Pelbagai aturcara telah diatur sempena keraian ini.
Gambar diatas diambil pada 15.01.2012 lepas dan kelihatan baginda sedang menyampaikan ucapan dalam Istiadat Santapan Malam sempena ulangtahun pemerintahan ke-40 baginda yang diadakan di Christiansborg Castle. Dikiri baginda adalah Raja Sewden King Carl Gustav dan dikanan adalah Raja Norway King Harald V.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.