17.02.2011, Selasa - Pagi nie bas mini ke Pekan Rawang buat hal lah plak tak muncul-muncul. Jam sudah hampir 06:30hrs dan panas hati rasanya takkan nak lambat masuk kerja. Biasanya Syah jalan kaki tetapi hari nie tergerak nak tunggu kat bas stop bersama-sama yang lainnya. Memang bas tak ada dan dalam hati Syah akan tunggu sampai bas datang dan kalau lewat sangat urgent leave jew nak buat macam mana kan? Akhirnya Syah lihat yang lain tu tahan dan naik bas sekolah dan Syah tanya bas boleh ambil kita ker dan kata mereka boleh tapi kena bayar RM1.00 dan turun kat sekolah dan kalau nak ke KTM kena tahan bas lain. No problem jalan kakipun boleh sebab dah dekat. So Syahpun joinlah mereka-mereka tu dan duduk sekali dengan budak sekolah. Hehehe jadi geng bas budak sekolah kami hari nie. Shukur alhamdulillah ada alternatif lain berkat kesabaran Syah tadi. Nasib baik lagi pagi tadi kerana bas berhentikan kami di KTM Rawang dan Syah tak perlu jalan kaki.
Semasa Syah sampai KTM Rawang, komuter ke Bangi jam 07:00hrs sudah berlepas dan terpaksa tunggu next komuter ke Sungai Gadut jam 07:15hrs dan disebabkan dia beri laluan kepada ETS kami bergerak jam 07:25hrs. Syah sampai office ngam-ngam 08:30hrs dan shukur alhamdulillah sempat sampai office walaupun on the dot. Masa kat KTM terfikir nak beli basikal coz basikal lama Syah tu dah Syah bagi kat anak jiran. Rasanya nak naik basikal jer dari Rawang Residence ke KTM dan Syah dah survey area KTM Rawang pagi tadi dan ada juga orang letak basikal kat situ tetapi kena kuncilah. Nak beli basikallah coz bosan sudah dengan kerenah bas yang tak tentu schedulenya dan akan menyebabkan Syah lambat masuk kerja. Lagipun doktor memang galakkan Syah cycling dan tidak benarkan berjoging.
Nak beli motor tak reti nak bawa dan walaupun Syah ada kereta tetapi tak tau memandu dan lesen elek (bahasa tamil membawa makna takada). Mungkin lepas nie nak gagahkan juga belajar memandu. Teringat pesan Almarhumah Bonda Ucu pernah sound Syah, katanya kalau kau tak belajar kereta dari sekarang (waktu beli tahun 2001) sampai jadi besi buruk baru kau boleh bawa kereta nie. Memang benar kata Almarhumah Bonda Ucu dan kereta tupun dah ada part yang sedikit berkarat baru Syah nak belajar memandu. Syah tak berani bawa sebenarnya........... tetapi kena kuatkan semangat dan sampai bila nak jadi macam nie kan? Insyallah .............. Doa kan Yer...................
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.