My Sweet Hamster Boy ........... Hehehhehe
04.06.2011, Sabtu - Pagi nie Syah masuk bilik kucing untuk tengok kucing Syah Hamster yang Cd inform kata demam. Cd kata badannya panas dan semalam dia hantar Hamster untuk cucuk vaccine dan nak sunatkan Hamster sebulan lagi. Doktor inform dia akan demam dan doktor bagi ubat lebih sedikit kerana badannya besar dan sempat puji lagi Hamster kerana bulunya berkilat. Kata doktor tu ler. Masa Syah pegang dan usap-usap badannya dia ok jer lepas tu bila Syah pegang tangannya dia gigit Syah, gigit manja mungkin kerana kat tempat tu doktor cucuk kot. Cd inform Syah semalam Hamster berkelakuan baik depan doktor dan bila doktor bagi makan ubat dan buka mulut dia senang jer dia tak mengelakpun dan terus makan ubat tue. Memang Syah tengok dia tak nakal macam biasa kerana demam kot. Kalu tak dialah yang paling kecoh dan Muss selalu marah dia. Sian Hamster............
Cd sedang mengemas sangkar kucing dan buangkan najisnya sekali. Kucing kat KL Rsidence nie kira bertuah kerana Muss bagi mereka salah sebuah bilik bersebelahan bilik Syah sebagai tempat sangkar mereka. Minumpun macam kami mineral water dan makanan tu jangan ceritalah kadangkala Syah tengok makanan dia jer lebih mahal dari makanan Syah......... tak per lah sebab itu Muss yang support kerana dia memang sukakan kucing, dulu dia tak lah suka sangat tetapi bila dah berumur nie timbul hobi baru kot. Kah..kah..kah.... Pernah sekali masa dia outstaion dan salah seekor kucingnya bernama Salim (kucing Betina Tau) mati dilanggar kereta kerana terlepas keluar dari rumah. Terus dia balik dan esoknya balik semula ke tempat dia outstation. Cd lah yang kena marah kerana dia yang terlepaskan Salim. Masa tu Salim baru beranak beberapa bulan, tu yang buatkan Muss lagi sedih dan Salim nie manja dan suka bercakap dengan orang. Maksud Syah kalau dia dekat kita ada jer dia buat bunyi macam cakap dengan kita.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.