04.06.2011, Sabtu - Malam semalam tak sempat nak update blog kerana Syah balik dah lewat. Syah Solat Jumaat di Surau Menara TM dan selepas solat Syah terus naik ke office untuk ambil beg dan ke kelinik untuk sisi fisio lutut Syah. Selepas fisio Syah ke Mid Vally Megamall melalui LRT Bangsar dan naik teksi ke lokasi berkenaan kerana nak tunggu Shuttle Bus lambat lagi. Naik teksi cajnya kurang daripada RM5.00 ikut jalan jem atau tidak. Sebelum naik teksi Syah tanya pemandu dulu samada mereka ada duit tukar RM50.00 kerana Syah tak ada duit kecil dan uncle tu kata ada dan Syah naiklah. Duit kecil habis sebab Syah beli makanan dan air sreta donate kat surau. Syah ada appointment kat NY di The Boulevard, Mid Valley City berhampiran Mid Valley Megamall.
Syah minum petang cokodok dan meehon goreng di foodcourt untuk kakitangan Mid Valley kerana harganya murah dan rasa nyapun sodap, why nak bazir duit kan? Heheheheh ............ bukan kedekut tapi jimat sket maklumlah tahun depan nak kahwin ...................... Just kidding, gurau jer tau. Lepas makan Syah singgah kat surau berhampiran Jasco untuk Solat Asar. Hampir jam 18:15 Syah bertolak ke NY kerana appointment Syah jam 18:30hrs. Sampai jer macam biasa Syah tunggu May sekejap dan dia panggil masuk untuk buat facial treatment. Dah 2 bulan Syah tak datang sini kerana tak ada free time. Appointment Syah ada tujuh kali lagi means tujuh bulan. Kat NY nie kena bayar dulu untuk satu pakej baru boleh buat treatment dan mereka tak terima kita yang datang untuk buat treatment untuk sekali jer. Biasalah business kan?
Selepas selesai appointment tu Syah jalan-jalan ke Mid Valley Megamall dan sempat lepak-lepak dekat promosi filem Pirates. Maklumlah musim cuti sekolah memang ramai ibubapa bawa anak jalan-jalan. Macam-macam props cerit tu ada. Siap ada kapal lanun yang besar, harta karun, tulang-tulang dan banyak lagi. Jika anda berminat datanglah ke Mid Velly Megamall bawa anak-anak atau adik-adik berjalan-jalan sempena cuti sekolah nie dan merasai sendiri keadaan didalam dunia lanun nie. Tapi kapal tu tak dibenarkan naik yer. Memang best..................... Syah tak ingat pukul berapa Syah keluar dari Megamall dan tunggu Shuttle Bas. Tak sampai 5 minit Shuttle Bus pun sampai dan kami semua diturunkan di Stesyen Bangsar LRT.
Kepada anda yang ingin ke Mega Mall nie senang jer kalau nak naik public transport. Anda boleh turun di Bangsar LRT dan ambil teksi atau tunggu perkhidmatan Shuttle Bus secara percuma. Kalau rajin boleh jalan kaki jer dari stesyen LRT tu dan anda akan jumpa The Garden Dulu dan masuk jer kerana Mid Valley Megamall bersambung dengan The Garden. Naik komuterpun boleh dan turun di Mid Valley Station, kalau dari Rawang anda boleh terus jer ke Mid Valley station nie dan tak payah tukar train. Syah sampai KL Residence hampir jam 22:30hrs kot.
Masa sampai Syah call Muss dan Cd tanya nak makan tak dan Cd kata mereka diet. Sampai rumah nampak Cd sedang sidai kain dan dia kata masa Syah call tadi dia baru bangun kerana tertidur. Masa Syah menonton Maharaja Lawak Muss bangun dan marah Cd nape tak kejutkan dia kerana Maharaja lawak tu dah nak habis. heheheheh........... lepas tu tiba-tiba Muss cadangkan makan kerang rebus kat Gombak dan kami keluar hampir jam 00:00hrs. Sampai jer kedai tu dah tutup dan kami makan dikedai sebelahnya. Syah makan Mee Bandung + Lai Ci Kang Panas, Cd Mee Celop dan Muss Meehon Goreng dan mereka kongsi Air Tembikai dan Ice Koosong. Muss belanja malam tadi. Balik rumah Syah dan penat dan terus beradu (tidur). Bangun jer pagi nie tengok jam dah pukul 06:00hrs. Terus Syah solat Subuh dan lepas tu SMS Wan wish dia good luck kerana nak akad nikah pagi nie. Jam 11:00hrs nanti kami akan ke Rembau untuk majlis resepsi Wan.
good info. saye tercari-cari cane nak gi Mid Valley city naek LRT. okay. thanks for sharing ya'.
ReplyDelete