20.06.2011, Isnin - Semalam Kak Long Janet pergi ke Sungai Jelok, Kajang untuk Majlis Merisik untuk anak lelakinya Hafis. Syah tak ikut sama dan Syah dapat gambar nie daripada Kak Lang Ella. Disebabkan rumah keluarga perempuan tu di Sungai Jelok, Kajang jadi mereka berkumpul di Rumah Mak Uda Rahmah juga di kawasan yang sama. Kak Lang dan keluarganya dari rumahnya di Ampang terus ke Rumah Mak Uda manakala Kak Long ke Rumah Razak di Bangi dahulu sebab barang-barang untuk majlis tu isteri Razak, Rahimah yang sediakan. Kemudiannya keluarga Kak Long dan Razak ke Rumah Mak Uda. Mak Uda sediakan makan tengahari untuk mereka sebelum bertolak ke Majlis Merisik.
Majlis merisik berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan Kak Long menyarungkan cincin kejari bakal tunang anaknya. Tak silap Syah mengikut Kak Lang namanya Normastura dan dipanggil Intan sahaja dan bertugas sebagai eksekutif TM di Cyberjaya. Majlis pertunangan akan diadakan pada 17.07.2011 ini bersamaan hari Ahad dan dengarnya pihak perempuan masa tu nak buat kenduri sekali. Setelah selesai majlis menyarungkan cincin diadakan pula jamuan. Dengarnya nanti kedua-dua pihak tak mahu tunggu lama untuk kahwin tetapi kena dapat persetujuan kedua-dua pasangan nie kerana walaupun Hafis telah berkerja tetapi masih menyambung pelajarannya dan akan tamat tahun depan.
Walaupun belum tiba waktunya, Apa-apapun in-advance, Uncle ucapkan Selamat Bertunang pada Hafis dan Intan semuga pertunangan ini nanti kekal hingga ke jinjang pelamin. AMIN.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.