Sunday, June 19, 2011

Budak-Budak Mai Rumah

19.06.2011, Ahad - Petang tadi ingatkan hendak keluar jap tetapi tak jadi sebab Muss inform budak-budak nak datang rumah. Dari Lancang Muss terus beli barang-barang keperluan untuk buat sandwich. Hari nie Syah buatkan Sandwich Tuna dan teringat semalam banyak telur rebus pengantin dalam peti sejuk lalu Syah buat Sandwich Telur juga. Cari Mayo dalam peti sejuk sudah habis lalu Cd call Manager 7E dia untuk hantarkan Mayo. Senang sket kerja kan? Heheheheh. Cd siap-siapkan bahan untuk sandwich tu. Lepas tu Syah nampak Cd tanak nasi dan Syah tanya untuk apa dan dia kata nak buat Nasi Goreng Kampung dan minta Syah masakkan.
Cd goreng Nugget dan Ayam Goreng Segera. Budak-budak nie sampai hampir jam 17:30hrs tak silap Syah. Macam biasa mereka berkara ok dan berhenti sekejap apabila tiba waktu Maghrib dan sambung semula selpas tu. Sekarang jam 21:32hrs dan mereka sedang menonton rakaman Maharaja Lawak. Malam nie parents mereka pula datang, Zul dan Kak Long Fadhilah suami isteri.
Disebabkan sudah berkumpul ramai-ramai nie Muss minta Amy baca doa sedikit sebab kan Muss baru lepas renovate rumah. Plus kenduri doa selamat lah nie. Seronok juga bila sekali sekala berkumpul ramai-ramai macam nie. Mereka release tension coz semalam sibuk bertungkus lumus menguruskan kenduri kahwin yang jadi bulan hangat itew ............ Opssssssss Sorry yek......... Syah tak campur coz tak pergi semalam. Hehehehehe ...................

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.