Monday, May 16, 2011

Syah Kena Himpit di KL Residence

16.05.2011, Isnin - Malam tadi Syah sorang-sorang di KL Residence. Hendak tidur dalam bilik katil sudah tak ada coz Syah bagi kat Muss. Tilam Syah yang dah Azab tu Muss dah buangkan coz Syah hendak beli yang baru. Ada toto tapi malas nak tidur dalam bilik. So Syah tidur diruang tamu jer. Tetapi bukan diruang tamu yang biasa tetapi ruang tamu tambahan yang baru direnovate. Ruang ini asalnya balcony dan bahagia depannya yang Muss tutup dan menjadi sebahagian ruangtamu yang baru. Dulu kawasan nie kirannya diluar rumah tetapi sekarang sudah jadi sebahagian ruang tamu kami.

Masa Syah nak tidur tiba-tiba rasa seram dan waktu tu jam 01:00hrs. Baru Syah teringat kawasan yang Syah tidur tu merupakan kawasan baru dalam rumah yang dulunya balcony dan tanah depan balcony. Syah tidur mengadap sliding door. Teringat pula pesan orang tua-tua jangan tidur depan pintu nanti nampak benda yang tak sepatutnya kita nampak. Seperkara lagi terpulanglah pada yang percaya atau tidak, sebenarnya kawasan KL Residence Syah nie keras sedikit coz bekas lombong. Keras maksud Syah nie adalah mahluk-mahluk halus berkeliaran, pada yang percayalah ...... tak caya tak mengapa. Tetapi Syah cakap dalam hati tak kisahlah sebab ini rumah Syah dan Syah tidur juga.

Tiba-tiba Syah terasa ada benda depan Syah dan kemudiannya macam berada diatas badan Syah, Syah tak boleh buka mata tapi dapat rasakannya. Syah meronta-ronta dan baca apa yang patut tetapi suara Syah tak boleh keluar dan kalau keluarpun bunyinya macam besar dan pecah lalu Syah cuba dan baca juga dalam hati. Akhirnya Syah dapat bangun dari tidur. Syah banyak kali juga kena macam nie tetapi kalau ikut pendapat doktor mereka kata mungkin kita kepenatan dan pendapat orang-orang tua pula kena himpit masa tidur. Macam biasa bila dapat buka mata Syah terus bangun dan jika Syah biarkan mata Syah akan tertutup semula (macam nak tidur) dan akan rasa benda tu lagi. Bila bangun Syah akan nampak macam benda hitam merayap ke siling macam labah-labah besar. Tak tahu apa benda tu kalau di Rawang Residence pun Syah kena juga macam nie ada masa-masanya.

Selepas bangun Syah bercakap sendiri macam marahkan benda tu dan kata "berani kau kacau aku yer" dan terus Syah ambil air sembahyang dan ambil quraan. Ambil quraan bukannya Syah baca tetapi Syah bawa tidur sekali. Syah tak boleh tidur dan baca apa yang terlintas difikiran dan akhirnya terlelap. Alamak jadi lagi benda tu sekali lagi dan bila dapat bangun Syah mengamuk dan macam maki jer benda tu. Sekali lagi Syah ambil air sembahyang dan tidur semula di sofabed tu. Sambil bercakap sendiri "aku tak akan tidur ditempat lain dan ini rumah aku". Kali nie Syah selubung semua badan Syah dengan selimut. Nak gelak juga Syah sebab tau tak apa Syah cakap dalam hati. Syah cakap "Kalau ada hantu dan aku selubung tentu dia tak nampak aku" Macam Syah nak tipu benda tu lah. Syah baca lah ayat-ayat yang Syah tahu dan lepas tu Syah terbangun dan jam sudah menunjukkan jam 06:00hrs dan alarm handphone Syah tak bunyi pun. menjadi ke tektik tu, entahlah labu.

Macam tulah Syah, Walaupun takut sebenarnya, tetapi Syah kena beranikan diri dan melawan perasaan tu. Jika tidak sampai bila kita hendak takut pada diri kita sendiri atau takut dengan rumah kita sendiri. Dulu kawasan nie memang keras dan masa mula-mula pindah ke KL Residence nie sekitar 1990an masa Syah tidur kadangkalan kena himpit macam nie dan kadangkala macam ada orang intai Syah dari luar tingkap. Syah nampak tapi tak boleh buat apa-apa. Jadi Syah kena beranikan diri sebab rumah tu rumah kita dan kalau ada benda-benda lain jangan nak ganggu we all dirumah tu sebab we all tak ganggu kamu. Jangan naughty-naughty yer Nanti Jadi Jin Noti macam Fara Fauzana plak.................... Hehehehe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.