Sunday, May 15, 2011

Balik Kampung ...... Balik Kampung ...... Balik Kampung

15.05.2011, Ahad - Anak saudara Syah, Mamat sampai Rawang Residence jam 10:20hrs dan kami bertolak balik ke Sabak Bernam jam 10:30hrs. Syah tanya samada Mamat hendak breakfast atau tidak dan katannya tak perlu. Sebenarnya dia baru balik dari lepak-lepak di Genting Highland dengan kawan-kawan dia. Sebelum tu dia pergi mandi air panas di Selayang, lepas mandi tak tahu nak buat apa tu yang ronda-ronda ke Genting. Katannya tak tidur lagi. Biasalah budak-budak muda yang penting jaga adap dan agama. Kami ikut jalan pintas dari Tasik Puteri terus keluar ke Batu Arang - Ijok - Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sungai Besar dan akhirnya Sabak Bernam.
Macam biasa Mamat memang bawa laju tetapi berhemah bukannya main redah sahaja. Kami sempat singgah di Petronas petrol pump untuk buang air kecil dan beli makanan. Sampai Sabak Bernam jam12:15hrs. On the way rasa panas kerana Mamat tak buka air-cond sebab nak jimatkan petrol. Sampai sahaja di kampung, Syah nampak Haziq dan Papa Nurul dalam buayan dan yang lain iaitu Kak Lang Ella, Ejon, Kak Ngah Normah dan anak-anak mereka Firdaus, Ijat, Eka dan Fana ada dalam rumah. Sampai jer Syah salam semua dan jumpa Bonda Ejon dan Syah peluk dan cium dia macam biasa dan bertanyakan khabar dia. Bonda Ejon nampak gembira tengok Syah. Shukur Alhamdulillah Bonda Ejon sudah sihat.Selepas solat Zohor, Syah ajak Mamat temankan Syah untuk menjenguk Ayahanda. On the way balik kampung tadi Ayahanda Call dan Syah inform yang Syah akan datang melawat dia sebelum balik semula ke KL Residence. Kak Lang Ella, Eka dan Izat ikut sama. Dirumah Ayahanda, Kak Lang sempat buat terapi menggunakan mesin terapi yang Ayahanda Syah beli beberapa bulan lepas. Tak silap Syah harganya RM5,000.00. Syah tak berani nak cuba sebab dia ada aliran elektrik sedikit. Hehehehehe........... By the way kereta Mamat kemik sedikit terkena pelepah kelapa yang jatuh kena kereta dia. Ayahanda ingatkan Mamat hati-hati parking kereta takut buah kelapa gugur tetapi Mamat kata tak apa tak kena. Dah nasib nak kena nak buat macam manakan? Sebelum balik macam biasa salam dan cium Ayahanda dan Bonda Zawiyah serta berikan mereka sedikit duit belanja. Memang biasa macam tu, setiap kali jumpa Syah mesti bagi mereka duit.


Balik daripada rumah Ayahanda, Syah singgah gerai kuih untuk belikan Bonda Ejon dan lain-lain kuih untuk minum petang. Biasalah harganya RM1.00 untuk tiga ketul kuih. Sampai rumah rehat sekejap dan Syah rasa letih dan tertidur sebelah Bonda Ejon sampai jam 17:30hrs. Bangun jer Syah inform Mamat standby nak balik. Kak Lang Ella dan Papa Nurul pun bersiap nak balik juga. Masa dirumah Ayahanda tadi Azrin call minta Syah dulukan duit Syah untuk bagi kat Bonda Ejon, Ayahanda dan Bonda Zawiyah duit. RM20.00 untuk Bonda Ejon dan RM10.00 untuk Ayahanda dan RM 10.00 Bonda Zawiyah.

Kami bertolak jam 18:00hrs dan macam biasa sebelum balik Syah salam semua dan cium Bonda Ejon serta bagi dia dan Kak Ngah Normah sedikit duit belanja. On the way ke Sungai Besar Syah teringin nak makan Mee Rebus Mamak kat Sungai Besar. Mamat kata ok dan Syah call Kak Lang Ella ajak dia sama makan mee rebus dan dia kata ok. Syah belanja kali ini.

Hampir jam 20:00hrs semasa di area Tanjung Karang Haziq sms ajak Syah dan Mamat lepak-lepak dan makan pizza di Pizza Hut Kuala Selangor. Mula-mula Syah keberatan tetapi dia sms sekali lagi dan inform Kak Langpun ada sekali dan Syah kata oklah. Sampai jer ke Pizza Hut Syah nampak Haziq dan Papa Nurul. Haziq inform Kak Lang Ella dan keluarga ke Masjid untuk solat dulu. Tak lama kemudian Kak Lang sekeluarga sampai. Papa Nurul belanja we all makan malam ini. Semasa di Sungai Besar tadi Syah tuangkan minyak kereta Mamat. Syah pergi beli makanan dan berikan dia kredit kad Syah untuk isi minyak dan bila Syah tanya isi berapa ? RM60.00 katanya. Heheheh Mamat...Mamat...

Semasa di Pizza Hut Muss call inform dia dan Cd tidur rumah Zul kerana nak sambut birthday anak Zul dan Syah kata ok. Lepas makan kami semua bersalaman dan balik ke destinasi masing-masing. Mula-mulanya Syah hendak balik Rawang Residence tetapi fikir semula Syah balik KL Residence. Syah sampai KL Residence jam 22:00hrs. Lepas keluarkan barang Syah salam dan cium Mamat macam biasa dan cakap nasihatkan dia supaya berhat-hati memandu. Lepas solat dan mandi Syah call kampung inform mereka yang Syah sudah sampai ke KL Residence. Lega akhirnya Syah balik kampung dan dapat jumpa Bonda Ejon, Ayahanda dan Bonda Zawiyah.

Sekarang jam 01:12hrs dan dah hari Isnin pun 16.05.2011 dan Syah hendak tidur coz esok kerja. Jumpa lagi dilain entry ..... Selamat Malam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.