Thursday, May 12, 2011

Pencuri Barangan Di Muzium Istana Beijing Di Tangkap Polis

12.05.2011, Khamis - Pada 08.05.2011 lepas, China Central Television (CCTV) melaporkan bahawa telah berlaku kecurian di Muzium Istana di Beijing. Muzium berkenaan merupakan Istana Maharaja Cina yang dikenali sebagai Forbiden City atau Kota Larangan. Kita selalu melihat Istana ini terutamannya dalam cerita raja-raja cina di TV. Ini merupakan kes pertama kecurian yang dilaporkan di muzium berkenaan dalam tempoh 20 tahun selepas iannya diberikan kawalan ketat. Diantara barangan yang hilang adalah beberapa dompet emas dan bekas kosmetik bertatah permata dengan rekabentuk barat keluaran tahun 1920 dan 1945. Barang berkenaan sebenarnya telah dipinjamkan oleh Muzium Liang Yi Hong Kong untuk dipamirkan di Muzium Istana.

Walau bagaimanapun selepas 58jam kejadian berkenaan, pencurinya dapat dikesan oleh pihak polis. Suspek bernama Shi Baikui berusia 28tahun dan telah menetap di Beijing selama empat tahun. Beliau yang berasal dari Shandong, Timur Cina itu ditahan pada jam 19:40hrs disebuah kafe internet di daerah Fengtai. Sebahagian dari barang-barang berkenaan telah ditemui semula. Kes ini masih lagi dalam siasatan polis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.