Tuesday, May 10, 2011

Muss Gaduh Ngan Cd

11.05.2011, Rabu - Syah sebenarnya tension juga mengenai masalah streamyx yang ada masalah di KL Residence. Semalam Syah di KL Residence dan call 100 tetapi masalah internet tu tak boleh diselesaikan. Malam tadi TM Call minta Syah buat appointment pada waktu kerja sahaja. Ingat hendak call CD tapi dia tutup handphone dan Syah pula kena call Muss dan kemudiannya terangkan apa yang hendak dibuat. Kemudiannya Syah pula call juruteknik tu semula. Heeee susahnya sebab line tu atas nama Syah dan ada benda yang dia tanya (juruteknik) Syah kena tanya Muss semula sebab Syah di Rawang. Muss pula pada mulannya macam keberatan nak attend juruteknik tu dan lepas tu dia kata nak cakap dengan juruteknik tu. Susahkan dan pening kepala Syah.

Syah terpaksa buat appointment hari Sabtu sebab hari kerja tak dapat sebab Syah call Cd dia tutup handphone. Macam mana nak buat appointment. TM pula buat kerja waktu office hours sahaja 08:30hrs - 17:30 hrs. Susahlah customer, kalau nak cepat kena ambil cutilah jawapnya. Hari Sabtu tu kebetulan juruteknik tu kata dia ada di area Setapak antara jam 10:00hrs - hingga 14:00hrs. Syah call Muss semula dan inform dia perkara ini dan maklumkan supaya dia ada dirumah Sabtu nanti sebab Syah di Rawang Residence dan Ahad baru balik KL Residence pula.

Kesukaran komunikasi nie kerana Muss bergaduh dengan Cd. Cerita nya macam nie. Semalam masa berkemas Syah dengar Muss dan Cd bertekak sedikit sebab Cd hendak buang barang-barang lama Muss di bilik stor dan Syah tak dengar percakapan mereka. Mungkin Muss ada keluarkan cakap yang menyakitkan hati Cd menyebabkan Cd terasa hati. Bila Syah keluar dari bilik dan Syah tanya mana Cd dan Muss infor Cd marah dan balik ke Wizuri Kondo kerana merajuk katannya. Syah diam jer coz Syah faham Muss ada masanya mulut dia kasar sedikit bahasanya walaupun ia tak bermaksud apa yang dia cakapkan tu.

Biasanya kami akan diamkan jer dan lama-lama baik semula tapi mungkin malam semalam tu masing-masing penat mengemas terutamannya Cd coz balik kerja kami keluar makan Muss belanja dan bila sampai rumah Cd kemas Stor dan Syah bahagian depan. Adalah agaknya perkataan yang Muss keluarkan menyebabkan Cd terasa kot. Tadi masa call Muss Syah sempat nasihatkan dia supaya cubalah jaga hati orang lain jangan asik orang lain jer nak jaga hati dia. Muss diam dan kemudia kata Ye lah, Ok. Syah risau juga dia seorang-seorang kat rumah dan lah keadaan dia yang tak sihat tu kalau jadi apa-apakan susah nanti. Minta-minta everything going to be ok. AMIN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.