TYT Yang di-Pertuan Negeri Sabah dan Isteri
19.04.2011, Selasa - Hari ini Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin telah dikurniakan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) yang membawa gelaran Tun. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuankku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenaan mengurniakan darjah kebesaran berkenaan di Istana Negara. TYT Tun merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baru dilantik untuk tempoh 4 tahun mulai 01.01.2011 lepas menggantikan TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah yang telah memegang jawatan ini selama 8 tahun bermula 01.01.2003 selama 4 tahun dan dilantik semula pada 01.01.2007 dalam tempoh 4 tahun lagi sebelum digantikan oleh TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin. Dengan ini isteri kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah menggunakan gelaran Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.