Istiadat Penyerahan Surat Cara Perlantikan di Istana Negara hari ini - Gambar dari Bernama
19.04.2011, Selasa - Tahniah diucapkan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas yang telah dilantik semula sebagai Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Pada hari ini TYT Tun telah menghadiri istiadat menerima Surat Cara Perlantikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di Bilik Singahsana Kecil, Istana Negara, Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
TYT Tun dilantik buat pertama kalinya sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang Ke-7 pada 01.05.2001 untuk tempoh 4 tahun. Dilantik semula pada 01.05.2005 untuk tempoh 4 tahun lagi. Pada 01.05.2009 sekali lagi TYT Tun dilantik untuk tempoh dua tahun yang akan berakhir pada 01.05.2011. TYT diputerakan di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 15.04.1938 dan sekarang berusia 73 tahun. TYT Tun merupakan Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten). TYT Tun berkahwin dengan YAB Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor bt Shariff dan dikurniakan dengan empat orang cahayamata.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.